| Oleh : ANDREW ONG |
|
PAKATAN
Rakyat Sabah melancarkan belanjawan alternatif yang membayangkan
bagaimana kehidupan rakyat berpendapatan rendah boleh berubah sekiranya
negeri itu menggunakan dasar royalti minyak negeri 20 peratus yang
dicadangkan mereka.
Setiausaha PKR Sabah
Dr Roland Chia berkata, Putrajaya sekarang membayar royalti RM800 juta
setahun (5 peratus) kepada negeri di bawah bayu itu dan peningkatan 15
peratus lagi akan menjadikan jumlah itu RM3.2 juta.
"Tahun
lepas, belanjawan negeri RM4 bilion. Dengan tambahan royalti minyak,
kita bercakap tentang RM7.2 bilion. Dana tambahan ini boleh disalurkan
kembali kepada rakyat," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Chia
menjelaskan bahawa belanjawan alternatif itu bertujuan mempamerkan
cadangan Pakatan untuk menaikkan pendapatan meningkatkan pendapatan
boleh guna dan taraf sosio-ekonomi rakyat Sabah.
Antara
lain, belanjawan itu juga menggariskan pemberian air percuma untuk 20
meter padu yang pertama seperti yang dilaksanakan di Selangor sekarang
ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan