GILA TALAK. Mungkin itulah perkataan yang boleh digunakan untuk Hassan
Jati apabila beliau dilaporkan berkata tidak akan meninggalkan PAS untuk
menyertai Umno. "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", sesuai
juga buat mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu.
"Kerana mulut badan binasa", kerana kepetahan mulut beliau itulah maka
beliau menerima bahana. Kepetahan yang Allah anugerahkan kepada beliau
sepatutnya digunakan berjuang memperkuatkan PAS parti yang beliau sertai
berbelas tahun dahulu. Malangnya, kerana ego dan bongkak lebih-lebih
lagi merasa beliau seorang yang hebat dan berpengaruh di dalam PAS,
beliau melanggar disiplin parti. Jangkaannya PAS tidak akan berani
memecat beliau kononnya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di dalam
parti Islam tersebut ternyata silap.
PAS telah menegurnya beberapa kali dan beliau juga telah diberi amaran
agar sentiasa menghormati disiplin parti terutamanya menghormati Majlis
Syura suatu badan yang tertinggi di dalam PAS. Jadi, tiada sebab Hasan
Jati ini merasa beliau dizalimi oleh PAS. PAS pecat beliau bukan kerana
isu Murtad yang kononnya beliau sangat perjuangkan. Semua tahu PAS
memecat tokoh yang kepingin mahu menjadi MB Selangor itu adalah kerana
beliau mengkritik dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS dan
dasar ini telah dipersetujui oleh Majlis Syura. Itu sebabnya.
Kini, tiba-tiba Hassan Jati berkata dia tidak akan meninggalkan PAS.
Silap kenyataannya itu. Beliau bukan tidak meninggalkan PAS tetapi PAS
yang memecat beliau atas kehendaknya juga. Beliau sememangnya mahu PAS
pecat beliau kerana beliau tahu masa hadapan politiknya di dalam PAS
telah hancur. Beliau ditolak oleh ahli-ahli PAS sewaktu Muktamar PAS,
bahkan beliau hilang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu satu
jawatan yang memungkinkan beliau menjadi MB Selangor sekiranya PAS
menang besar di Selangor melebihi kerusi yang dimenangi oleh KEADILAN
dan DAP.
Oleh yang demikian, apa gunanya Hassan Jati menyebut beliau tidak akan
tinggalkan PAS? Sebagai isteri yang telah diceraikan oleh suami, mana
mungkin boleh ke hulu ke hilir ke ceruk kampong mendakwa bahawa beliau
tidak akan tinggalkan suaminya? Sudah pasti orang kampong akan berkata
wanita itu sudah 'gila talak' kalaupun tidak 'meroyan'.
Kita tahu hati kecil Hassan Jati masih yakin PAS jauh lebih baik dari
Umno. Mahu tunjuk menyesal atau merayu kembali ke dalam parti terasa
malu. Mahu berhijrah ke parti Umno, pertamanya beliau tahu dan kenal
siapa Umno. Keduanya, adakah Umno berselera untuk mengambil orang
seperti Hassan Jati ini? Jika sekadar menjadi orang yang pandai
bercakap semata-mata tetapi tidak boleh bekerja, di dalam Umno pun
melambak orang seperti itu. Maka, Umno tidak hairan dengan Hassan Jati
cuma Umno mahu Hassan Jati menjadi 'sub kontrak' mereka sahaja untuk
memusnahkan PAS.
Menyesal kemudian tidak berguna. PRU ke 13 tinggal beberapa bulan
sahaja lagi. Hassan Jati mungkin sudah merasa pening adakah Umno sudi
memberi sedekah satu kawasan untuk beliau tandingi? Adakah nanti Hassan
Jati terpaksa bertanding di dalam pertandingan 3 penjuru berhadapan
dengan Umno/Bn dan juga calon dari PR? Saya rasa elok sahaja Hassan
Jati jangan bertanding daripada mendapat malu kehilangan deposit./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan