Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah dari penyumbang yang percaya kepada dasar-dasar kepimpinan parti supaya dana itu boleh disalurkan untuk aktiviti parti dan perancangan program masa depan.
“Kenapa tidak untuk PRU13 akan datang, tidak salah kalau mahu memberi sumbangan kepada parti politik. Pembangkang juga turut menerima dana untuk parti mereka.
“Pada saya untuk aktiviti parti, seluruh parti mendapat bantuan dan duit tersebut akan digunakan kepada aktiviti parti,” katanya apabila ditanya Sinar Harian.
Abdul Rahman enggan mengulas siapakah penyumbang dana tersebut, tetapi beliau berkata, kesemua parti politik di negara ini menerima sumbangan daripada individu yang sayang serta yakin kepada dasar-dasar sesebuah parti.
“Jika saya orang kaya, saya akan beri derma. Tidak ada undang-undang yang menyatakan tidak boleh beri derma. Tetapi, kadang-kadang penyumbang itu ingin namanya dirahsiakan.
“Setiap dana yang telah diterima mesti masuk melalui cara yang betul secara telus berserta resit dan beritahu bahawa dana itu untuk kepimpinan parti,” katanya.
Beliau berkata, bukan sahaja Umno mendapat sumbangan tetapi parti-parti lain di Malaysia juga mendapat dana untuk pembangunan parti mereka.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wang tersebut adalah amalan biasa bagi sebuah parti politik selagi sumbangan tersebut mengikut prosedur yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan