Harga Gula Naik
: Kami tiada masalah langsung terhadap usaha kerajaan bagi membendung
bilangan pesakit diabetes di Malaysia tetapi biarlah kena cara, tempat
dan situasinya. Yang baik kami puji tetapi yang agak tersasar, kami perlu tegur untuk kelangsungan yang baik kepada semua kalangan rakyat Malaysia di sini.
Gula ini merupakan antara bahan utama dalam industri makanan dan minuman. Gula juga digunakan meluas dalam pelbagai industri.
Harga Gula Naik VS Harga Barang, Makanan & Minuman Naik?
Terus terang, tanya kami kami tidak “ambil pusing” dengan harga gula naik lagi sebanyak 20 sen selepas pembentangan Bajet 2013. Bukan masalah kenaikan harga gula yang difikirkan.
“Yang mana dapat BR1M 2.0 boleh tampung kenaikan 20 sen harga gula selepas ini”
Pada
pendapat kami, barang-barang sumber pemprosesan utama, contohnya gula,
tepung dan minyak tidak boleh dinaikkan harga. Kesannya memang
mengazabkan rakyat jelata yang setiap hari bergantung kepada
penggunaannya.
Ya…benar, memang di
rumah rata-rata hanya cuma membeli sekitar 2 kg gula sahaja sebulan.
Baru berapa RM sahaja bukan? Tetapi kita kena ingat, kebanyakan makanan
lain yang dijual menggunakan gula. Samada banyak atau sikit penggunaan,
itu perkara kedua. Ini kerana…..
- Gula naik harga, makanan dan minuman pun dinaikkan harganya di kedai-kedai makan contohnya
- Peniaga tidak mengambil berapa banyak, apa jenis produk yang mereka gunakan yang mereka gunakan seharian semasa berniaga. Tetapi!!! Mereka lebih “berminat” dengan nilai kenaikan termasuklah peniaga-peniaga yang menjadikan langkah kenaikan seperti ini untuk mengambil kesempatan
- “Kesan domino”….Peniaga hanya menunggu masa dan peluang sahaja
- Dengan subsidi gula kurang RM0.20 sen, teh tarik, teh ais, teo,cincau, laici, roti canai, telur masin, sotong goreng tepung semua naik RM_____________(anda sendiri masukkan nilainya)
Apakah jaminan harga makanan dan minuman tidak akan dinaikkan? Alasan bonus kakitangan kerajaan dalam Bajet 2013,
pun dah cukup untuk naikkan harga apatah lagi pengumuman kenaikan harga
gula ini memang peluang keemasan bagi mereka semua ini.
“Bukan masalah kepada harga gula naik 20sen. Tetapi lebih kepada masalah peniaga & pengilang yang ambil kesempatan naikkan harga barang.”
Harga Gula Naik Boleh Kurangkan Kadar Diabetes di Malaysia?
Sebenarnya,
kami kurang bersetuju dengan alasan mengurangkan subsidi gula ini
digunakan dapat menyumbang kepada pengurangan kes-kes kencing
manis/diabetes.Tidak praktikal alasan seperti itu. Sebagai contoh, kami
berpendapat, jikalau kita nak kurangkan kadar jenayah, rompak, curi bukan dengan cara menambah bilangan CCTV/anggota polis semata-mata, sebaiknya :
- pastikan jumlah kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan
- tawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
- pastikan golongan yang cenderung melakukan jenayah rompakan, curi mempunyai pekerjaan, ada komitmen
- dengan cara ini, kita dapat mengurangkan kadar jenayah secara total walaupun mungkin akan mengambil tempoh yang agak lama
Kalau
betul nak kurangkan kes-kes diabetes ni, janganlah menjadikan
pengurangan subsidi gula sebagai alasan. Kelihatan seperti mahu
“memperbodohkan” rakyat Malaysia. Dan inilah antara salah satu sebabnya
kami terbitkan laporan berita seperti ini.
Adakah dengan penggunaan gula boleh terus menyebabkan kencing manis? Sangat
tipikal jawapan dan alsan seperti ini. Sebenarnya, jika minum air manis
sekalipun, jikalau rajin mengawal penggunaan nasi, kerap bersenam dan
beriadah, Insyaallah sihat.
Akhirnya,
disebalik pengurangan subsidi secara berperingkat-peringkat ini,
kerajaan harus fikir mekanisme ‘chain reaction’ yang terbit selepas
pengumuman kenaikan sebegini. Apa yang terjadi selama ini (kenaikan
harga barangan lepas diumum bonus/di umum naik harga gula) perlu di beri
perhatian.
Kerajaan kena fikir,
kenapa rakyat “melatah”? Bukannya rakyat melalak disebabkan “kedekut”
untuk mengeluarkan 20 sen bagi kenaikan gula kali ini.
Tetapi….sebenarnya lebih daripada itu, kerisauannya. Kami yakin dan
percaya….
“Rakyat lebih memikirkan disebabkan “kesan rantaian” kepada harga barangan, makanan dan minuman yang dijangka akan berlaku selepas ini!!”
Apabila rakyat mengadu masalah dan isu seperti ini, kerajaan tetap akan mengatakan:
“Akan pantau..akan pantau. Hebat sangatkah penguatkuasa harga barangan di malaysia yang ada selama ini?”
Tapi sebenarnya? Hakikatnya?
Harga Gula Naik VS Harga Gula Dunia Naik?
Sumber : Indexmundi
Satu
lagi lasan yang diberikan adalah disebabkan kesan harga pasaran dunia.
Lihat carta yang kami sertakan seperti di atas. Benarkah sekarang
terdapat masalah dengan harga pasaran dunia ketika ini?
P/S : Untung sungguh jadi taikun gula di Malaysia atas nama skim cepat kaya iaitu “skim monopoli” yang dimiliknya.
- Sekarang ini, Malaysia perlu mengimport 100% gula
- Ketika harga gula dunia turun, di mana pengumuman harga gula diturunkan?
- Sedangkan sejak Januari 201o, sudah masuk 5 kali harga gula dinaikkan
PP/S : Apa kata anda pula dengan kesan kenaikan harga gula selepas ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan