HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Oktober 2012

Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ beli undi






DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, merupakan bajet yang tidak berhemah dan “ole-ole” pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat.  

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib Tun Razak tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat.

“Najib tidak pernah berusaha untuk mengubah perbelanjaan kepada seimbang, tetapi tetap sama seperti tahun lepas dan tahun- tahun sebelumnya dengan bajet defisit,” katanya.

Najib dalam bajet tersebut mengumumkan defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012. Manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Azmizam berkata, jika perkara ini berterusan, bermakna sudah sampai masa Umno-BN memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui negara.

“Najib tidak pernah fikir masa depan negara, ini buktikan beliau bukan pembela rakyat. Najib jangan terlalu riak kerana mandat yang ada sekarang adalah milik Tun Abdullah Badawi,” ujar beliau.

Tiada ulasan: