Presiden
Umno Datuk Seri Najib Razak berkata majlis tertinggi itu bersetuju
untuk memberi kuasa kepada jawatankuasa khas bagi memantau dan bertindak
ke atas ahli yang mengkhianati parti dalam pilihan raya umum akan
datang.
Ia bagi memberi kuasa kepada jawatankuasa yang diketuai pengerusi lembaga displin Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail itu untuk bertindak segera dan tegas ke atas perbuatan berkenaan, katanya.
Tambannya, badan itu diberi kuasa mengikut Perkara 10.15 dan 20.3 dan perlembagaan parti dan akan menghuraikan perbuatan sabotaj dan khianat tersebut bagi membolehkan tindakan diambil, katanya.
"Kali ini kita nak lebih tegas. Dulu lambat sikit, dah berbulan-bulan, baru kita ambil tindakan. Kali ini kita nak lebih segera," katanya lagi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur.
Parti itu juga akan melantik seorang anggota untuk memberi laporan terus kepada jawatankuasa berkenaan, termasuk melalui aduan secara dalam talian, katanya.
Tambahnya, peruntukan berkenaan memberi kuasa menggantung keahlian atau memecat ahli yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut
Kesalahan berkenaan termasuk menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti, menyalahgunakan wang dan tidak membelanjakan wang pilihan raya, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan