Nigel Aw
Jabatan
Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak
bernilai RM20.43 juta tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai
yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Hasilnya,
jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan
berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

"Lawatan
audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman
mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat
dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan
setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10
kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina,"
laporan itu dipetik.
Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di
23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses
kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.
Pada 7 Mac,
jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan
pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam
rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan