HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kedah belum wajibkan model papan tanda bertudung

 
Bagaimana Exco kanan kerajaan negeri, menegaskan wanita Islam dan yang bukan Islam yang menjadi model papan tanda mesti berpakaian sopan.



PETALING JAYA: Wanita Islam yang tidak memakai tudung masih boleh menjadi model papan tanda iklan di Kedah.

Bagaimana Exco kanan kerajaan negeri, menegaskan wanita Islam dan yang bukan Islam yang menjadi model papan tanda mesti berpakaian sopan.

Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri belum melaksanakan undang-undang kecil untuk mewajibkan model wanita Islam mesti bertudung.

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan negeri menggalakkan model Islam bertudung manakala yang bulan Islam berpakaian sopan.

“Wanita Islam digalakkan bertudung, manakala yang bukan Islam bersopan. Wanita yang berbikini tidak dibenarkan sama sekali,” katanya sambil berseloroh.

Ketika dihubungi hari ini, Phahrolrazi, Exco kerajaan tempatan berkata,  beliau tidak tahu menahu  dengan keputusan Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) yang meminta wanita Islam memakai tudung manakala wanita bukan Islam berpakaian sopan.

Tindakan MBAS itu dibidas Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew yang mahu majlis mengambil kira penduduk yang berbilang kaum.

“Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan mengenai perkara ini belum dilaksanakan tetapi kita sedang membincangkannya.

“Kerajaan negeri belum laksana undang-undang menutup aurat tetapi kita ada undang-undang mengenai perkara itu.

“Tetapi kita galakan orang Islam menutup aurat. Iklan dalam tv pun sudah menutup aurat,” kata Phahrolrazi lagi.

Tiada ulasan: