Penduduk
kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan
gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu
‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar
rumah terutama waktu malam.
Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52,
berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung
sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga
berkenaan dilaporkan sehingga kini. Gambar sekadar hiasan sahaja.
Menurutnya,
pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong
benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan
beberapa penduduk sebagai tidak berasas.
“Kejadian
itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru
ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang
menghisap rokok.
“Pada masa
sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi
hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek
berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari
penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di
sini semalam.
Mohd Desa
berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika,
bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di
hadapannya secara tiba-tiba.
“Sedang
saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan
paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10
meter.
“Hanya
Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk
ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir
panjang,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
“Pada masa
itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam.
Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba
putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu
gelap.
“Saya pun
turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih
dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek
berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh
yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci
semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan
anak-anaknya.
“Saya
yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk
sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh
amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.
Sementara
itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini
dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun
1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.
Bagaimanapun,
kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai
berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang
dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.
“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini,
kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau.
Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.
“Ia
disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama
yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut
terletak di kawasan kampung kami,” katanya.
Seorang
lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi
pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan
kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang
banyak terdapat di kawasan itu.
“Semasa
pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk
kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.
“Kami
tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan
disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang
sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan
mengganggu kami,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan