HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Oktober 2012

Ketua Cabang PKR diugut untuk dihapuskan

Faiz Abdullah,

(Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menunjukkan sms ugutan dalam telefon bimbit beliau.)

 JEMPOL: Berikutan tidak berpuas hati dengan program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5 malam kelmarin; seorang individu menghantar sms ugutan kepada Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh pagi semalam.

Menurut Karip, dia menerima sms tersebut pada pukul 07.32 pagi semalam dan penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita memberi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak menghapuskan Karip, keluarga dan ternakan Karip.

"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.

"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.

Ekoran itu Karip ditemani lebih 50 pemimpin dan ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.

"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong.

Malam Kelmarin berlangsung program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat di Felda Serting Hilir 5 yang turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.

Tiada ulasan: