HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Oktober 2012

'Laporan audit lewat bertentangan dengan sasaran PEMANDU'

 
Aidila Razak


 
Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata, kelewatan pengeluaran Laporan Audit Negara bertentangan dengan sasaran khusus Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) dalam fasa kedua Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0).

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, dalam acara rumah terbuka GTP pada 24 Julai lalu, salah satu cadangan kepada PEMANDU untuk membanteras rasuah, dengan membentangkan laporan itu setiap kali Parlimen bersidang.

Cadangan itu berasaskan logik supaya setiap anggota parlimen dapat membahaskannya setiap kali persidangan dan bukan hanya sekali setahun.

Menurut laman web PEMANDU, Laporan Audit Negara akan diubah supaya laporan itu dibentangkan tiga kali setahun, sekali gus membolehkan prosesnya lebih cepat dan berkesan dan tindakan segera boleh diambil.

"Jika tidak tidak ikuti cadangan PEMANDU, kenapa kita belanja banyak wang untuk mereka?" soal Teo.

Tiada ulasan: