Kedudukan
Kumpulan Wang Disatukan bagi Kelantan meningkat RM86.17 juta bersamaan
58.1 peratus, mengikut laporan Ketua Audit Negara.
Kedudukan kewangan
Kelantan meningkat kepada RM234.47 juta pada tahun 2011 berbanding
RM148.30 juta pada tahun 2010.Laporan itu menyatakan pelaburan pada
2011 di Kelantan meningkat sebanyak RM95 juta, dari RM16.33 juta pada
2010 kepada RM111.33 juta pada 2011.
Belanja mengurus dan pembangunan negeri pada 2010 menurun dari RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta 2011.
“Pelaksanaan
projek pembangunan mencapai 94.1 peratus daripada projek yang
dirancang manakala perbelanjaan yang direkod ialah 76.7 peratus
berbanding peruntukan diluluskan.
Sejumlah 800 projek untuk tahun 2011 dengan 723 projek siap sehingga 31 Disember 2011, 30 projek (dalam pelaksanaan) dan 47 projek (belum dilaksanakan).
Sejumlah 800 projek untuk tahun 2011 dengan 723 projek siap sehingga 31 Disember 2011, 30 projek (dalam pelaksanaan) dan 47 projek (belum dilaksanakan).
Kedudukan kewangan Johor jatuh
Kumpulan
Wang Disatukan bagi Johor pula menurun kepada RM450.50 juta berbanding
RM505.81 juta pada tahun 2010, mengikut Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN) 2011.
LKAN
mendapati, kerajaan negeri mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM6.40
juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011
berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah
RM325.69 juta pada 2010.
Tulis LKAN, hasil kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan