Ekoran
kenyataannya dikatakan mengundang kontroversi sehingga dilabel
mengamalkan politik ‘makan keliling’ kerana kenyataan berkaitan Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) dan George Soros, Datuk Saifuddin Abdullah
meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan kesetiaannya terhadap Umno
dan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya saya sedih kerana kenapa sampai
saya perlu cakap begitu (kesetiaan kepada Umno) sebab ini tidak relevan
langsung, tetapi apa boleh buat,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Katanya: “Orang tak akan puas hati. Saya cakap begitu pun ada orang yang masih tidak puas hati. Jadi apa yang boleh saya buat?”
“Kita
sepatutnya sudah sampai ke tahap politik di mana tak perlu lagi
ungkapan ‘kesetiaan saya tidak berbelah bahagi’, itu sudah tidak perlu
cakap lagi. Itu kalau tahun 70-an bolehlah,” kata beliau dalam temubual
bersama Sinar Harian Online, semalam.
Saifuddin
yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhadapan kritikan keras
beberapa pihak dalam Umno sendiri yang mengecam pendirian kononnya
beliau mempertahankan Suaram dan Soros.
Mursyidul
Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid
Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik ‘makan
keliling’ dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan
Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros, penyangak mata wang
berbangsa Yahudi.
Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.
Beliau
juga mengandaikan kenyataan Saifuddin itu seolah-olah menunjukkan
beliau tidak yakin Umno dan BN akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13).
Menjelaskan hal itu, Saifuddin berkata, beliau bukan menyokong atau pun memihak kepada Suaram mahupun Soros.
Menjelaskan hal itu, Saifuddin berkata, beliau bukan menyokong atau pun memihak kepada Suaram mahupun Soros.
Namun
beliau mengamalkan politik baru berasaskan ilmu di mana seseorang tidak
boleh terlalu cepat menghukum mana-mana pihak tanpa berfikir panjang
dan rasional.
Menurut
Ahli Parlimen Temerloh ini, tindakan menghukum pertubuhan-pertubuhan
badan bukan kerajaan yang membela nasib rakyat seperti Suaram hanya
akan menyebabkan Umno-BN kehilangan 30 peratus undi golongan
pertengahan dan pengundi atas pagar yang lebih mesra dengan NGO-NGO
ini.
“Mereka
ini ramai yang simpati dan ramai yang rapat dengan badan-badan
masyarakat sivil. Tak semestinya Suaram. Menyerang keterlaluan sebuah
badan masyarakat sivil itu boleh menyebabkan kita kelihatan seolah-olah
menyerang keseluruhan masyarakat sivil yang diminati oleh sebahagian
besar daripada 30 peratus itu.
“Sebab
itu, saya sangat berhati-hati. Sebab itu, saya tidak berminat untuk
menyerang Suaram walaupun tidak semestinya saya bersetuju dengan
Suaram. Kalau mereka salah, mereka salahlah,” ujarnya lagi.
Saifuddin
juga menegaskan, mana-mana pihak harus melihat kes Suaram secara
rasional dan bukannya melakukan pembunuhan karakter secara melampau
sehingga menyebabkan rakyat marah dan muak.
Menurut Saifuddin, Suaram tidak melakukan kesalahan kerana menerima dana asing sepertimana Umno Sabah juga menerima dana dari luar melainkan jika organinasi itu melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Menurut Saifuddin, Suaram tidak melakukan kesalahan kerana menerima dana asing sepertimana Umno Sabah juga menerima dana dari luar melainkan jika organinasi itu melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
“Saya
bukannya membela Suaram atau menyokong Soros, kita semua tahu apa
isunya. Saya cuma tidak begitu bersetuju kalau kita terlalu cepat
menghukum mereka,” tegas Saifuddin.
Menurutnya,
Umno-BN amat memerlukan undi 30 peratus pengundi atas pagar dan ia
tidak akan berhasil sekiranya ada pihak dalam parti cuba menyemarakkan
pembunuhan karakter ke atas pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang
dekat di hati rakyat kelas pertengahan ini.
“Kempen BN tak cukup kalau bergantung kepada pengundi tradisi sahaja.
“Mereka
(golongan pertengahan) tidak minat (pembunuhan karakter), mereka sudah
jelak perkara yang mengaibkan orang sebaliknya mereka mahu melihat
debat politik, wacana, mereka mahu melihat ahli politik itu berhujah
dengan bernas.
“Kalau kita berasaskan politik baru, yang berasaskan politik ilmu, kita harus menilai,” tegas Saifuddin lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan