Anwar VS Mahathir :
Dahulu mereka ini dianggap tokoh pemimpin tertinggi negara yang paling
ideal, saling melengkapi antara satu sama lain dalam membangunkan negara
Malaysia di era 90an. Perhubungan dan ikatan antara mereka dilihat
ibarat antara hubungan bapa dan anak. Tetapi itu dahulu…..sekarang?
Sekarang mereka menjadi seteru politik NO.1 di Malaysia.
- Yang Anwar Ibrahim menemplak Tun Mahathir, begitulah sebaliknya
Semuanya bermula dengan satu krisis
sahaja iaitu ________________ yang mana ia bukan sahaja menjadikan
antara hubungan antara mereka menjadi retak malah ia telah sekaligus
mengubah landskap politik negara sehingga ke hari ini. Walaupun pernah
berlakunya krisis antara :
- Mahathir VS Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)
- Mahathir VS Musa Hitam
Tidak ia masih tidak mampu menandingi krisis dan keretakan yang berlaku di antara Anwar VS Mahathir suatu ketika dahulu.
Terbaru, sudah kedengaran yang mahu mencadangkan dan melihat Anwar VS Mahathir semasa Pilihanraya Umum ke 13 di Parlimen Permatang pauh kelak.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Timbalan Perdana Menteri)
- Tun Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri)
- Lokasi di permatang pauh atau di amna-mana kawasan parlimen lain yang agak neutral
Bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mendakwa Tun Mahathir banyak berjasa kepada negara termasuk bangsa Melayu.“Untuk memastikan sama ada benar beliau seorang yang banyak berjasa kepada rakyat terutama orang Melayu dan negara ini, dan masih mendapat sokongan daripada rakyat, wajarlah Mahathir bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini menentang Anwar,” katanya di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini“Saya yakin rakyat akan menjadi hakim yang adil dalam pertandingan ini,” tambah Nordin, yang pernah menganggotai majlis ekonomi negara pada 1990.“Mahathir mendakwa beliau banyak berjasa kepada negara termasuk bangsa Melayu.Selain itu, Nordin berpendapat, mantan perdana menteri itu juga kini semakin kuat menyerang Anwar Ibrahim walaupun telah bersara daripada politik. [Sumber : Malaysiakini]
Jikalau dilihat Tun Abdulllah yang baru
bersara beberapa tahun pun, sudah jarang benar kelihatan kelibatnya di
media. Tun Mahathir, walaupun sudah lama benar bersara sebagai mantan
Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi dilihat sekarang acapkali
bergilir-gilir antara beliau dan Datuk Seri Najib Razak keluar di media
memberikan kenyataan dan pandangannya terutamanya melibatkan iklim
politik negara menjelang PRU ke 13.
Usianya sudah pun menginjak 87 tahun tetapi tenaganya dan semangatnya dalam politik terutamanya menentang bekas Timbalannya dahulu seperti baru setahun dua sahaja bersara.
Jika berlakunya pertembungan Anwar VS Mahathir
dalam pilihanraya Umum ke 13? Mana satu yang akan menjadi pilihan anda?
Mahathir (Chedet? Atau Anwar? Mengapa anda bertindak begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan