HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Februari 2013

Barisan Nasional (145 Kerusi Parlimen) VS Pakatan Rakyat (77 Kerusi) PRU Ke 13. Semak SINI Senarainya!

Staff Berita Semasa 
 
Barisan Nasional di Johor Barisan Nasional (145 Kerusi Parlimen) VS Pakatan Rakyat (77 Kerusi) PRU Ke 13. Semak SINI Senarainya!
Gambar perbincangan sulit di Rumah Ghani Othman (MB Johor)

Tempoh akhir mandat Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan di pihak kerajaan sekarang semakin pendek tetapi bayang-bayang bubar parlimen masih lagi tidak kelihatan. Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri Najib, beliau hanya akan akan bubar parlimen setelah Barisan Nasional (BN) benar-benar bersedia.

Walaubagaimanapun,  terdedahnya sedikit angka yang dilakukan oleh agensi perisikan Malaysia untuk pemimpin peringkat tertinggi Barisan Nasional (BN) melalui kaji selidik mengunjurkan data seperti di di bawah ini : 
  • Sekarang ini, Barisan Nasional kini mempunyai 136 kerusi di Parlimen 222 kerusi.
  • Barisan Nasional (BN) sangat yakin memenangi sekurang-kurangnya 145 kerusi parlimen pada Pilihanraya Umum ke 13
  • Antara kerusi parlimen yang bakal dirampas antaranya ialah Parit Buntar, Bukit Gantang dan Kuala Selangor yang kesemuanya telah hilang dengan majoriti wafer-nipis.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 (Tahun 2008) : Pakatan Rakyat (PR) VS Barisan Nasional (BN)

KLIK Kanan untuk melihat semak setiap gambar rajah yang berkongsikan “mood” penduduk di kawasan Parlimen yang anda bakal mengundi Pada PRU ke 13 kelak. Ada yang BN menang dengan majoriti sleesa dan ada juga Pakatan Rakyat menang dengan majoriti besar. Masing-masing ada peluang.
Sumber grafik Malaysiakini

Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13?

Berdasarkan ambilan daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung kami melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti di bawah :
  1. Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang
  2. Kerajaan PAS akan terus memerintah di Kelantan
  3. Kami juga yakin yang mana di Terengganu, Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk terus memerintah di kelima-lima buah negeri tersebut
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum  2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal  status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini. Cuma……pengundi-pengundi Cina kami perhatikan menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah :
  1. Di Johor, ada beberapa kerusi panas yang sedang hangat dibincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
  2. 6 kerusi parlimen di Johor sangat menarik untuk diperhatikan. 6 kawasan Parlimen yang dikategorikan kawasan HITAM sekarang ini di negeri Johor adalah di  Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai. 
  3. 8 kerusi parlimen masing-masing di Sabah & Sarawak sangat menarik untuk diperhatikan
  4. Manakala Selangor dan Kedah, kami merasakan masih lagi kekal status quonya. Cuma….di Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak ‘homogeneous’ berlainan dengan di Kelantan
Perak antara negeri panas yang kami jangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Ada sesetengah pemerhati mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus negeri Perak. Ada juga yang mengatakan Pakatan Rakyat akan menang dengan sangat tipis sepertimana yang berlaku pada Pilihanraya Umum 2008.

Walauapappun, keputusan di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Apa pandangan balas anda pula? Bagaimana anda melihat iklim politik di kawasan Parlimen anda sekarang?

Tiada ulasan: