Edy Noor Reduan
Roadshow ‘Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu’ kini menjangkau ke empat negeri terakhir iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak bermula hari ini. Program jelajah yang terdiri dari ceramah kecil dan besar, pertemuan anak–anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa kemenangan itu terlalu hampir.Juga aksi yang disendatkan dalam Roadshow kali ini ialah operasi membanjirkan rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran.
Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan ‘counter attack’ dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk ‘menghadam’ maklumat yang dihantar.
Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini dinamakan ‘Smoke Operation’.
Anak muda seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan.
Rakyat dipersiapkan minda masuk PRU bersungguh – sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam dari penipuan rakyat akan ke jalan.
Maka turut menjadi tumpuan pecutan akhir Roadshow kali ini juga mempunyai objektif yang konkrit iaitu menyusun sukarelawan SAMM setiap program kecil dan besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda duduk di balik facebook dan menekan butang ‘like’ sahaja sudah berlalu.
Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai dengan cita – cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan menjadi tumpuan.
Setelah selesai jelajah di region tengah, selatan, pantai timur semenangjung dan juga Sabah, kini Roadshow #AmaranPRU terus bergerak tanpa melengah masa, sekembalinya dari Sabah SAMM utara tanahair menjadi sasaran seterusnya bermula 18 Februari hingga 21 Februari.KEADILAN DAILY
Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda SAMM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan