Oleh Arif Juhani
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin wajar mencermin diri kerana tidak serius dan gagal menangani kes
letupan di Nibong Tebal serta menjamin keselamatan calon dan orang awam.
Naib
Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Muhyiddin ketika ini tidak
sepatutnya bersikap terdesak dan tidak matang dengan mengambil
kesempatan daripada insiden berkenaan untuk memfitnah Pakatan Rakyat.
Beliau merujuk laporan media berbahasa Cina hari ini berhubung
kenyataan Muhyiddin yang mengkritik kempen Pakatan Rakyat kononnya
semakin radikal dan keterlaluan berdasarkkan kepada insiden pengeboman
itu.
“Muhyiddin sengaja memanipulasi insiden itu dengan mengheret Pakatan
dan tujuannya untuk menambahkan perasaan benci dan takut rakyat terhadap
Pakatan Rakyat,” kata Tian pada sidang media di pejabat KEADILAN Cabang
Batu hari ini.
Sedangkan, menurut Tian, insiden di Nibong Tebal bukan kes keganasan
politik yang pertama kerana sebelum ini, pada 9 Januari 2012 berlaku kes
letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah
membebaskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
fitnah liwat.
“Pada tahun lepas juga berlaku cubaan untuk mencederakan Naib
Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam programnya di Gambang,
Kuantan.
“Insiden terbaru pula (berlaku) malam tadi apabila kereta anak
perempuan calon KEADILAN DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar yang
diparkir dalam perkarangan rumah terbakar selepas dibaling bekas berisi
minyak tanah oleh sekumpulan lelaki.
“Tetapi polis langsung tidak berusaha bertindak dan menangkap pihak
yang bertanggungjawab,” kata calon yang akan mempertahan Parlimen Batu
itu.
Maka, kata Tian, insiden pengeboman di Nibong Tebal juga menunjukkan
kegagalan BN menangani keganasan politik sehingga menyebabkan budaya ini
berkembang ke tahap lebih bahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan