HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 April 2013

Shariff akui Tasek Gelugor bukan kubu Umno lagi

Mohd Sabri Said,


TASEK GELUGOR: Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang kini bertanding atas tiket Bebas, Datuk Seri Shariff Omar menegaskan, Parlimen Tasek Gelugor bukan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) lagi sebagaimana dulu.


Tiga calon di Tasek Gelugor...Sharif, Rahman dan Shahbudin

Menurutnya, Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya bukan seorang pemimpin yang disukai oleh ahli dan penyokong akar umbi sebaliknya sekadar menumpang tuah bila diangkat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan dua penggal.

Lagipun hubungannya dengan masyarakat juga terhad tidak mesra dan kewujudan kroni dalam kepimpinanya.

"Bila seseorang bergelar pemimpin dia kena hormati pandangan orang, sering turun padang melawat cawangan dan melaksanakan amanah dengan baik tidak mementingkan kroni yang membawa rebah, " ujarnya ketika bercakap kepada Harakahdaily semalam.

Terangnya lagi, rakyat sekarang sudah celik dan tahu menilai yang mana boleh jadi wakil rakyat dan siapa yang bukan disebabkan tidak menjalankan tugasan dengan baik sekali.

Pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei ini calon BN, Shabudin Yahya ditentang oleh Calon PAS, Datuk Seri Rahman Maidin dan calon Bebas, Datuk Seri Shariff Haji Omar.

Tiada ulasan: