Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh
berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
KUALA LUMPUR: Polis mendapati masih terdapat parti politik yang mengadakan ceramah tanpa permit di kawasan bandaraya ini dan setakat ini 10 kertas siasatan mengenai kesalahan tersebut telah dibuka.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
” Calon parti politik perlu membuat permohonan permit daripada Ketua Polis Daerah untuk mengadakan ceramah bagi mengelakkan sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, dengan adanya permit untuk berceramah, ianya juga membolehkan pihak polis membuat pemantauan serta rondaan keselamatan di tempat ceramah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Selain dapat memastikan pertembungan ceramah parti politik yang bertanding dapat dielakkan diadakan di lokasi yang sama atau berhampiran, katanya.
Terima 161 laporan
Mohmad berkata sejak penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas, polis Kuala Lumpur telahpun mengeluarkan 171 permit ceramah.
Pihaknya juga menerima 161 laporan polis berkaitan kesalahan PRU13 melibatkan kesalahan memasang bahan kempen yang bertindih, kejadian merosakkan bendera atau poster parti dan penyebaran maklumat tidak benar melalui media sosial, katanya.
Beliau turut menasihati calon, ejen dan penyokong parti politik supaya sentiasa mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak polis semasa berkempen.
Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan apa-apa kenyataan menerusi media sosial bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan, katanya.Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan