HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2013

“Bagi duit ambil, beri kain pakai, bila pangkah pilih PAS” - Tok Guru Nik Aziz




DETIK DAILY
 
PENGKALAN CHEPA: “Bagi duit ambil, bagi gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah PAS atau Pakatan Rakyat,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan wang ringgit bagi menarik sokongan rakyat sejak dahulu sehingga sekarang.  

“Mereka lupa rakyat Kelantan sudah jauh berubah. Syiar Islam bukan setakat menjadi amalan rakyat, sebaliknya menjadi dasar dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

“Rakyat bukan sahaja dihidangkan dengan pembangunan kebendaan, sebaliknya diseimbangkan dengan pembangunan rohani,” katanya pada ceramah di Kampung Tebing Tinggi Sabak, baru-baru ini.

Turut hadir calon PAS Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Hussin, bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria.

Menteri Besar juga berkata, semua kerajaan di muka bumi ini melaksanakan pembangunan, namun rakyat tidak boleh tumpang untuk dibawa ke akhirat. 

Sementara itu Dr Izani berkata, tanggungjawab mempertahankan kemenangan di parlimen Pengkalan Chepa perlu dipikul bersama rakyat dan pendokong Islam.

“Alhamdulillah jentera PAS di Pengkalan Chepa telah bertungkus lumus sejak tahun lepas bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13,” ujarnya.

Tiada ulasan: