MSO
Bagi mereka yang ingin melakukan perubahan ke atas kerajaan UBN
yang berkuasa lebih 55 tahun, sedang menanti hari keramat 5 Mei.
Masing-masing tidak sabar untuk membuat tanda 'pangkah' kepada setiap
ruang pangkah milik calon yang melawan UBN, dengan harapan UBN akan
kalah.
Dalam penantian itu semua orang, tidak kira lapisan masyarakat
mengharapkan agar pilihan raya ke-13 ini dilakukan dengan bersih, telus
dan berintergiri. Hanya dengan pilihan raya bersih saja akan
menatijahkan keputusan yang sihat.
Jika dilihat kepada sokongan yang semakin hari semakin kuat kepada
Pakatan Rakyat, semacam sudah boleh diperkirakan kerajaan akan dibentuk
selepas 5 Mei ini bukan lagi dari komponen BN. Ia semestinya dari
Pakatan Rakyat.
Cuma dalam penantian itu rakyat berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) yang diamanahkan menjadi pengendali pilihan raya ini bersikap adil
dan saksama. Hanya dengan jaminan ada kesaksamaan itu sahajalah
keadilan akan menjelma, manakala dengan adanya keadilan sahaja hegomeni
UBN yang ditulangi Umno boleh ditumbangkan.
Berkali-kali pihak SPR membuat perakuan yang mereka telus, jujur dan
ikhlas dalam mengendalikan pilihan raya yang bersih. Adakalanya nada
mereka seakan condong dan bersimpati dengan UBN. Mereka kononnya tidak
cenderung kepada mana-mana termasuk sedia menjadi alat kepada UBN dan
rela melakukan penyelewengan meskipun dikutuk.
Setiap kali dikemukakan bukti ada sesuatu yang boleh meragukan ketulusan
SPR, Pengerusinya Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar
akan bangun mempertahankan integriti SPR. Mereka tidak perlu
mempertahankan apa yang mereka lakukan kerana bekas pengerusi sebelum
ini banyak mendedahkan kepincangan atau kerja-kerja senyap SPR untuk
membantu Umno atas dasar dan kepentingan Melayu. Apa lagi hendak
berdolak dalih kalau pelaku sendiri mengakuinya?
Kadang-kala walaupun bukti dikemukakan itu jelas menunjukkan kelemahan SPR sehingga ia boleh dianggap sebagai bias,
tetapi dinafikan secara hidup-hidup. Selalunya untuk menegakkan benang
basah, SPR akan menunding jari kepada Jabatan Pendaftaran Negara,
sedangkan umum tahu ada persekongkolan di antara kedua badan atau
jabatan berkenaan untuk melindungi UBN.
Seharusnya SPR sedar dan tahu membezakan di antara parti ketika menjadi
pemerintah dengan parti yang bertanding semula untuk menguasai kerajaan.
Apakah SPR boleh menjamin pilihan raya ke-13 ini ini bersih dan telus?
Ia adalah pertanyaan dan jawaban di dalam mimpi. Persoalan ini terus
menjadi tanda tanya di dalam kepala. Pendedahan terbaru dibuat Anwar
Ibrahim hari ini yang mendakwa ada maklumat memberi tahu ternampak
kenderaan SPR memindah peti undi ke satu kawasan dari ibu pejabat SPR
menjadi tanda tanda tanya sejauh mana integriti SPR.
Anwar hari ini mendedahkan ada peti undi dipindah ke Taman Perindustrian
Sungai Chua di Kajang dari Ibu Pejabat SPR. Apa yang menjadi tanda
tanya Anwar pemindahan itu dibuat awal? Apakah konspirasi dan
kedurjanaan SPR sudah bermula?
Anwar lantas meminta penjelasan daripada SPR atas apa yang berlaku itu.
Ada munasabah dan keperluan bagi Anwar meminta SPR berbuat demikian.
Kalau pun peti undi itu akan digunakan di kawasan berkenaan, apakah
ianya dibuat sekarang?
Anwar tidak bercakap berdasarkan 'rasa' mengenai hal itu. Beliau
menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi
dibaluti menggunakan polister dan dicop logo SPR sebagai bukti ianya
dipindah menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
Bagi menutup keraguan umum SPR perlu menjawab perkara ini dengan
sejelas-jelasnya. Kegagalan SPR memberi penjelasan menyebabkan orang
meragui dan tidak percayai bahawa pilihan raya kali ini telus seperti
mana dijanjikan. Jelaslah.
Mungkin juga SPR tidak ada maksud buruk dalam kerjanya itu, tetapi
apabila ia menjadi persoalan wajar ianya diterang dan dijelaskan agar
semua pihak berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan