HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 September 2013

Kami tak buat projek sulit, kata Najib

 


 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Projek IC yang didakwa memberi kerakayatan kepada warga asing masih diteruskan bawah pentadbirannya.

Najib menegaskan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa kerajaan tidak menjalankan apa-apa projek sulit.

NONE“Tak ada projek sulit yang kami lakukan dan apa-apa projek sulit adalah mengikut undang-undang negara dan dibuat berdasarkan perlembagaan negara kita,” katanya.

Perdana menteri berkata perkara ini telah dijelaskan oleh Mahathir semasa persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung imigrasi di Sabah.

Katanya, setiap negara akan menawarkan kerakyatan mengikut syarat yang ditetapkan negara masing-masing.

Maka, tidak benar jika dikatakan ia merupakan program sulit, katanya.

Anwar dalam sesi RCI hari ini mendakwa beliau percaya bahawa masih ada warga asing tanpa izin yang diberikan kad pengenalan.

Beliau mendakwa perkara yang berlaku di Sabah itu juga boleh dilihat berlaku di Selangor.

Tiada ulasan: