HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 September 2013

Projek IC masih diteruskan: Putrajaya nafi dakwaan Anwar

OLEH EILEEN NG



















 

Putarajaya menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa projek IC yang didakwa memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing masih dilaksanakan sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kad pengenalan diberikan kepada mereka yang layak di bawah undang-undang yang ada dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Untuk berkata ianya adalah program rahsia, ia tidak benar," kata Najib kepada media selepas menyertai seminar undang-undang di Kuala Lumpur petang ini.

Anwar ketika membela bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak juga patut dipertanggungjawabkan terutama selepas ia bukannya berlaku di Sabah sahaja.

"Dr Mahathir tidak patut dipersalahkan sepenuhnya dalam Projek IC, kedua-dua pengganti dia juga mesti disiasat kerana ia juga berlaku ketika keduanya menjawat jawatan itu," kata Anwar kepada penal lima anggota RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah and Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anwar mendakwa, apa yang berlaku ketika Dr Mahathir juga berlaku kini di bawah Najib.

Katanya, pegawai kerajaan di Selayang dan Sepang yang mendaftar pendatang asing juga mengeluarkan kad pengenalan untuk mereka.

Tiada ulasan: