Banyak cadangan dari banyak pihak supaya Anwar mencadangkan dialog perpaduan yang beliau mahukan itu di Parlimen jika beliau serius untuk melihat perpaduan itu. Ramai berpendapat jika ia dilakukan cara itu, ia merupakan jalan yang paling ‘transparent’ sekali dan boleh di lihat dan di dengar oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Dengan cara itu maka ia bermakna membawa rakyat sekali bersama-sama untuk mengambil keputusan besar itu dan jika hasilnya tidak sebaik mana pun, rakyat sekali akan menerima beban kegagalan itu. Rakyat akan merasakan yang mereka telah di bawa bersama dalam mengambil satu-satu keputusan besar itu.
Ianya tentulah lebih baik dari berunding di antara dua orang yang
sedang dalam keadaan terdesak dan mahukan rakyat menerima sahaja apa
yang mereka berdua putuskan. Berunding cara terbuka inilah yang
sebaik-baik cadangan daripada perundingan yang dilakukan di dalam semak
atau di sebalik bukit bukan yang tidak diketahui umum.
Berunding dalam gelap ini, walaupun berdua sahaja mereka akan
ditemankan oleh pihak ketiga, iaitu syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis
akan sentiasa menghasut untuk mempengaruhi segala-gala keputusan
mengikut kemahuan yang bathil yang menguasai diri mereka yang berunding
itu. Jika dilakukan perundingan hanya berdua sahaja, maka pihak ketiga
yang tidak nampak di pandang mata itu akan menghasut sesama mereka
berdua sebelum sebarang keputusan di ambil.
Iblis dan syaitan akan menasihatkan mereka berdua untuk bersetuju bagi
menutup kesalahan mereka kepada rakyat. Iblis dan syaitan akan menutupi
segala kesalahan mereka (jika ada) dari pengetahuan rakyat yang
sebenar-benarnya empunya kepada negara dan hartanya sekali. Dua orang
yang dihasut oleh iblis dan syaitan itu akan digerakan oleh pengaruh
yang bathil itu untuk berjanji melindungi masalah-masalah masing-masing
dari pengetahuan rakyat khususnya kepada ahli-ahli parti masing-masing.
Maka perundingan secara terbuka itu tentulah di Dewan Parlimen premis
yang paling sesuai untuk matlamat perpaduan itu. Berunding secara
terbuka itu akan dapat menyelesaikan masalah rakyat sekali. Jika mereka
berunding di dalam semak dan belukar mereka akan hanya menumpukan kepada
menyelesaikan masalah peribadi mereka sahaja.
Rakyat akan bertanya kepada Najib, sudahkah perundingan itu dipersetujui oleh komponen-komponen BN sebalum berunding itu? Bagitu juga bagi Anwar, sudahkah PAS dan DAP dimaklumkan dn telah mendapat persetujuan dari mereka? Rakyat tidak boleh di bohongi lagi kerana mereka (rakyat) sudah mengenali siapa mereka yang sedang dalam perundingan itu.
Rakyat akan bertanya kepada Najib, sudahkah perundingan itu dipersetujui oleh komponen-komponen BN sebalum berunding itu? Bagitu juga bagi Anwar, sudahkah PAS dan DAP dimaklumkan dn telah mendapat persetujuan dari mereka? Rakyat tidak boleh di bohongi lagi kerana mereka (rakyat) sudah mengenali siapa mereka yang sedang dalam perundingan itu.
Rakyat mampu bersama memberikan input terhadap isu yang dikatakan
sebagai isu penting untuk dibincangkan dan tidak akan hanya tertumpu
untuk mengatur siapa yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri pertama dan kedua misalnya.
Jika ada hasrat untuk Selangor di kembalikan kepada BN dan UMNO sebagai
alat kompromi dati pihak Pakatan Rakyat, sudahkah dipersetujui oleh
ahli-ahli komponen Pakatan Rakyat? Bagaimana cara untuk melakukannya?
Adakah cerita PKR akan dibubarkan dan kembali semuanya kedalam UMNO
yang tersiar satu ketika dulu akan menjadi kenyataan? Biarlah ia
dilakukan dalam keadaan terbuka dan rakyat tidak akan menyalahkan
sesiapa jika perundingan itu membawa kepada keadaan yang tidak
dijangka-jangka pada masa depan.
Sebenarnya tidak ada siapa yang tidak mahu bersatu. Tetapi kemusykilan
rakyat itu sentiasa wujud kerana rakyat sudah terlalu biasa dikelirukan
oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini, baik mereka yang memimpin kerajaan
atau yang memimpin pembangkang. Pemimpin BN dan pembangkang tidak
boleh menyalahkan orang ramai kerana mereka telah mengalami banyak
insiden buruk hasil permainan politik pimpinan masing-masing.
Rakyat sekarang sentiasa dalam keadaan tertipu dan kekeliruan kerana perlakuan pemimpin-pemimpin selama ini.
‘They suspect everybody and trust nobody’ kerana dalam politik jejak kita dalam air sekali pun mampu di ikuti oleh pihak lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan