KL TODAY
Guru
besar kontroversi SK Seri Pristana bebas daripada sebarang tindakan
kerana “tidak melakukan kesalahan jenayah” apabila mengarahkan murid di
sekolahnya untuk makan di bilik mandi sekolah.Ini diputuskan dalam
mesyuarat antara Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan
Jabatan Pendidikan Selangor dalam mesyuarat pada Rabu.
Pengarah
Pendidikan Selangor, Mahmud Karim memberitahu media bahawa Mohd Nasir
Mohd Noor (gambar) memikirkan keselamatan muridnya apabila mengeluarkan
arahan untuk makan di bilik mandi semasa waktu rehat.
Katanya,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dimaklumkan berhubung perkara
berkenaan dan tindakan penjaga yang mendedahkan insiden itu berlaku
berikutan beliau tidak mendapat maklumat perbincangan itu.
“Ibu yang mendedahkan perkara berkenaan di laman sosial Facebook seharusnya mendapat penjelasan daripada pihak pentadbira sekolah terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada umum,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
“Ibu yang mendedahkan perkara berkenaan di laman sosial Facebook seharusnya mendapat penjelasan daripada pihak pentadbira sekolah terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada umum,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
“Jabatan
Pendidikan Selangor (JPS) menafikan dakwaan pelajar bukan Islam diambil
gambarnya oleh pihak sekolah dan sehingga kini kami masih belum
dimaklumkan kejadian itu.
“Pihak
yang mendakwa guru SK Seri Pristana mendiskriminasi pelajar bukan Islam
juga tidak benar. Perkara ini berlaku berikutan salah tanggapan
penjaga dan dan tafsiran yang kurang tepat mereka terhadap pendidik
sekolah itu,” katanya.
Beliau berkata, pendidik di negeri itu diingatkan supaya bertindak secara rasional dan sentiasa mengamalkan etika profesional.
“Penjaga juga digesa menghormati institusi pendidikan dan tidak memandang remeh institusi pendidikan negara.
“Dalam
masa terdekat ini, JPS akan mengatur beberapa siri pertemuan dengan ibu
bapa bagi menjernihkan kembali hubungan penjaga dan sekolah supaya
sesi persekolahan dapat berlangsung dengan lebih harmoni,” katanya.
Katanya, PIBG sekolah berkenaan sentiasa mendapat maklumat dari pihak sekolah.
Sebelum ini, polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana disoal-siasat berhubung kontroversi makan di dalam bilik persalinan.
Sebelum ini, polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana disoal-siasat berhubung kontroversi makan di dalam bilik persalinan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang, berkata pelajar berkenaan “disoal secara temuduga”.
Junaidi
berkata, polis diberikan kebenaran oleh guru besar sebelum memasuki
kawasan sekolah dan diberikan masa 30 minit untuk menemuduga pelajar.
Katanya, temuduga dengan enam pelajar itu berjalan dalam kelas yang disediakan oleh guru besar.
Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan menyoal pelajar terbabit.
Beliau
memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga
tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.
Dalam sidang media pada Selasa, beberapa ibu bapa mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal polis.
Ibu bapa kepada pelajar mendakwa sesi temuduga itu berjalan tanpa pengetahuan mereka.
Susulan
penahanan itu, ibu bapa kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata
mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari SK Seri
Pristana selepas tiga ibu bapa melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan