Kerajaan negeri tidak harus membohongi rakyat sedangkan perancangan dalam bajet tahun 2013 masih belum tercapai.
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Selangor daripada Barisan Nasional (BN) menyifatkan Bajet Selangor 2014 yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tidak efisyen.
Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz berkata,kerajaan negeri tidak harus membohongi rakyat sedangkan perancangan dalam bajet tahun 2013 masih belum tercapai.
“Bagi saya bajet ini tidak efisyen. Sebagai contoh, bajet yang sebelum ini untuk menaik taraf dan menjadikan Hub Pelancongan Sungai Klang tidak wujud dan tidak dilakukan (sedangkan) projek itu diluluskan,”
“Jangan omong kosong. Bagi saya, laksanakan betul apa benda yang sedia ada,” katanya apabila ditemui di lobi DUN di sini hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan negeri mengeluarkan statistik dalam bentuk hitam putih mengenai jumlah rakyat yang mendapat manfaat melalui program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.
“Bagi satu kertas putih..Ibu tunggal akan dibagi macam ini, jumlah yang dibagi macam ni. Jangan cakap yang didaftar, jawapan mengenai ibu tunggal yang Exco bagi pada saya dahulu, ialah (jumlah) yang didaftar 28,000. Yang diberi berapa,” soalnya.
Beliau turut menambah bahawa terdapat aduan dari rakyat dikawasannya yang tidak menerima baucer “Jom Shopping” anjuran kerajaan negeri.
“Orang kampung saya buat aduan. Satu bas datang, dua kampung kongsi. Jadi maknanya, dua kampung ni dia (kerajaan negeri) ambil 20 orang setiap kampung dan pergi membeli-belah.
“Jadi ada yang terpilih. Adakah yang dapat ini pilih orang parti PKR, PAS sahaja atau DAP sahaja ataupun rakyat Selangor?”
Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan negeri mengurangkan bajet pembanggunan negeri.
“Saya tengok Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) sendiri protes kenapa dikurangkan bajet pembanggunan. Mereka beranggapan yang sebelum ini banyak pembanggunan datang daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.
Beliau menambah protes dari BBC ini berasas kerana Selangor sudah masuk penggal kedua diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Jangan masih lagi tuding-menuding jari. Kita pun tahu contohnya Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Kerajaan Persekutuan bagi lebih (bajet) pembendungan banjir dan sebagainya dari bajet ini.
Sudah pasti Kerajaan Persekutuan bagi lebih, kenapa harus dikurangkan (bajet) sedangkan ini negeri maju,” soal beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan