HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 November 2013

Cukai taksiran dinaikkan untuk membiayai insinerator?


MALAYSIA KINI
 
 
 
Gerakan Anti-Insinerator Kuala Lumpur (KTI) telah menimbulkan satu persoalan penting - apakah ada kaitan kenaikan mendadak cukai taksiran di Kuala Lumpur dengan pembinaan projek kontroversi insinerator di Taman Beringin?

Dalam satu kenyataan hari ini, KTI ingin tahu sama ada peningkatan mendadak cukai tersebut, yang naik kepada 267 peratus, adalah satu cara kerajaan "merompak" wang dari rakyat untuk membina insinerator itu walaupun dibantah keras penduduk tempatan di Kepong, dan beberapa NGO.

Ia juga berkata bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menerajui projek insinerator itu, telah melanggar garispanduannya sendiri yang ditetapkan pada 1997 bahawa insinerator tidak boleh dibina dalam radius 50km dari kawasan pembangunan utama.

NONE"Adakah menterinya (Datuk Abdul Rahman Dahlan, kiri) telah meneliti
garispanduan (kementeriannya sendiri) sebelum membuat keputusan?" soal KTI, dalam responnya  kepada ketegasan Abdul Rahman bahawa projek itu akan diteruskan dan tender terbuka bagi projek itu akan dibuat tidak lama lagi.

"Adakah menteri sedar bahawa bukan sahaja ada lebih 1.8 juta rakyat Malaysia duduk dalam radius 20km dari tapak cadangan insinerator , dan juga istana tak lebih dari 8km (dari insinerator itu)?" tanya KTI.

Menurut KTI lagi, kos operasi loji penimbunan sampah satu tan satu hari ialah dijangka RM75 sehari, tetapi kos insinerator yang cuma ada jangka hayat 10 hingga 12 tahun, ialah RM300 sehari.

"Jadi, apakah alasan dan kemunasabahan dari segi kos dan efektif membina insinerator sedangkan usaha pengurusan sampah 3R pun belum dilaksana sepenuh di Malaysia?" soal KTI lagi.  

Tiada ulasan: