HALAMAN SANTAI

Sabtu, 9 November 2013

Hujah GST Idris tak selari dengan standard dunia


MALAYSIA KINI
 
 
 
Hujah menteri kabinet Idris Jala bahawa orang kaya akan membayar lebih cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sepadan dengan standard ukuran percukaian antarabangsa, menurut sebuah badan pemikir.

Penang Institute berpendapat, amalan antarabangsa untuk mengukur kesan cukai terhadap kumpulan pendapatan dibuat dengan melihat cukai dibayar sebagai sebahagian pendapatan dan bukan cukai yang dibayar secara mutlak.

NONEFellow institut milik kerajaan negeri itu Lim Kim Hwa (kiri) dan Ooi Pei Qi berkata, kaedah itu turut digunakan oleh pentadbir cukai Amerika Syarikat, IRS.

"IRS mentakrifkan cukai regresif sebagai 'cukai yang mengambil peratusan besar daripada pendapatan golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi'.

"Ini turut digunapakai oleh Kamus Macmillan dan Kamus Collins," kata mereka.

"Oleh itu, cukai diukur secara relatif kepada tahap pendapatan untuk menentukan kesan cukai terhadap orang kaya lawan orang miskin."

Tiada ulasan: