KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sejak kebelakangan ini hanyalah pandangan peribadi pemimpin tersebut.
Beliau berkata, Karpal hanya satu suara ganjil dalam PR, yang mengeluarkan kenyataan atau cadangan berdasarkan diri sendiri sahaja.
“Kita biarkan sahaja kerana dia tidak membawa hasrat DAP atau mana-mana, dia hanya bercakap atas dasar dia sahaja,” katanya kepada media, semalam, ketika mengulas isu Karpal yang mengeluarkan kenyataan, antaranya cadangan membatalkan pendaftaran atau mengubahsuai parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama supaya boleh disertai semua kaum di Malaysia.
Beliau didakwa melihat tindakan tersebut sebagai pandangan bersifat peribadi antara seorang pemimpin tertinggi sesebuah parti dengan rakyat yang majoritinya menganuti pelbagai agama dan kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan