Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan
naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul
6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya
ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadang kala
bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak
bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.
Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke
pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di
Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar.
Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang
baik, bagi mereka yang pandai terutamanya kuat berjuang sebagai ‘social
climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.
Kalau tidak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua
kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara
pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh
kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh
mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu
mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu
gelojoh dengan nikmat yang datangnya daripada pengaruh politik suami
atau isteri masing-masing.
Nikmat yang didapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang
secocok sebagai manusia dalam tahap ‘social’ yang tinggi, maka terjadi
dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam
‘glamour’ keterlaluan. Mereka yang baru masuk dalam kumpulan ‘orang kaya
baru’ ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri
dengan keadaan baru mereka itu.
Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan di
besarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap ‘social’ yang tersedia
tinggi. Mereka daripada kumpulan ini hidup lebih ‘natural’ dan ‘glamour’
itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan
mereka. Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di
mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal ‘glamour’ itu lagi.
Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian murah pun nampak
seperti memakai pakaianmahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej
baru kerana sejak lahir sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka
tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan
menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya.
Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk
memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee…Ali Baba
Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan . Aziz
Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya setelah terjumpa
harta karun yang bertimbun.
Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz
menjadi bahan ketawa penonton dan itu adalah satu keadaan hakiki yang
sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat
kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Selalunya kehidupan orang yang baru
mendapat nikmat ini hidup mereka kadangkala adala 'fake' dan tidak
natural.
Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu,
ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag
ramai.
Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah
raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang
'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun,
ia tetap dengan sikap 'toman'nya. – aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan