Harakahdaily
SHAH ALAM: Kecurangan terhadap ekonomi negara berulang saban tahun dan bukti kelemahan serius pengurusan kerajaan BN didedahkan berulang ganti melalui Laporan Ketua Audit Negara, tegas Presiden PAS, datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"PAS
berpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya
tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak
mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas
membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan
terang dan nyata," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada
Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, dekat sini, pagi tadi.
Beliau memberi contoh penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A-) dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh Fitch Rating, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong.
Implikasi
penurunan ‘penarafan’ itu, ujarnya akan menekan kos pinjaman seperti
bon dan negara kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan.
"Penyakit
ini adalah secara khususnya berpunca dari tadbir-urus kewangan negara
yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan BN khasnya di bawah pentadbiran
sekarang mesti bertanggungjawab," tegasnya.
Menyentuh
pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Ustaz Abdul Hadi berkata
tiada tindakan menyeluruh dalam membaiki ‘kedudukan fiskal-kewangan’
negara yang semakin kritikal.
Beliau
turut mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memaksa rakyat menanggung
beban kemelesetan ekonomi sedangkan pada masa yang sama kerajaan terus
mengamalkan penyelewengan dan pembaziran.
"Mengapa
rakyat yang perlu menanggung beban sedangkan kerajaan langsung tidak
sensitif. Malah dalam ruang lingkup yang lebih besar, lebih banyak
faedah yang boleh direalisasikan oleh kerajaan dan rakyat sekiranya
kerajaan bersungguh membasmi penyelewengan dan rasuah.
"Ini kerana mengikut perangkaan Bank Dunia, rasuah dan penyelewengan boleh menjejaskan 30% daripada KDNK sesebuah negara.
"Jesteru, inilah yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dan bukannya menekan rakyat terlebih dahulu," ujarnya.
Ustaz
Abdul Hadi turut menyifatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) yang
bakal dilaksanakan kerajaan BN pada 2015 sebagai cukai yang
"berselindung di bawah takrif keadilan yang sarat dengan kezaliman".
PAS
ujarnya, konsisten menentang perlaksanaan GST kerana ia boleh
melemahkan masa depan ekonomi negara melalui cukai dan melemahkan kuasa
beli rakyat sedangkan ketirisan dan penyalahgunaan dana negara masih berleluasa.
Beliau turut mendesak kerajaan supaya tidak menandatangani Perjanjian
Perkongsian Negara-Negara Rentas Pasifik (TPPA) memandangkan perjanjian
perdagangan bebas pelbagai hala yang dianggotai 12 negara rantau
Pasifik itu lebih menjaga kepentingan Amerika Syarikat.
"PAS melihat bahawa jika sekiranya kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian TPPA ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat negara ini," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan