PERBELANJAAN
KERAJAAN NEGERI DALAM PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI KE MAJLIS PERAYAAN
ULANGATAHUN KE 20 BANDARAYA BERKEMBAR XIAMEN-PULAU PINANG DAN MENYERTAI
MESYUARAT ANTARABANGSA DALAM 17th INTER-ISLANDS TOURISM POLICY (ITOP) FORUM DI WILAYAH HAINAN, CHINA PADA 4 HINGGA 9 NOVEMBER 2013
21 Orang Ahli-ahli Rombongan :
1. YAB Ketua Menteri & Isteri
2. YB Chow Kon Yeow & isteri
3. YB Chong Eng & suami
4. YB Phee Boon Poh & isteri
5. YB Yap Soo Huey
6. YB Tanasekharan Autherapady
7. Encik Oon Lai Kuan Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Kerajaan Tempatan
8. 10
orang penari Kebudayaan Daripada Kerajaan Negeri Ke Xiamen Untuk
Persembahan Ulangtahun Ke-20 Status Bandaraya Berkembar Xiamen-Pulau
Pinang.(hanya ke Xiamen dan tidak ke Hainan)
Di
bawah peraturan kerajaan negeri yang diterima pakai sebelum 2008, semua
isteri/suami kepada ahli EXCO dibenarkan menemani ahli EXCO ke luar
negeri sekali setahun. Untuk isteri Ketua Menteri, boleh menemani
sepanjang masa jika beliau memilih untuk buat demikian.
Jumlah Pembiayaan Untuk 21 Orang Ahli Rombongan: RM93,910.00
Jumlah
Wang Yang Dibelanjakan Oleh YAB Ketua Menteri Serta Wakil-Wakilnya Ke
Negara Asing Untuk Mempromosi Pelaburan Dan Pelancongan Negeri Pulau
Pinang Hanya 35% Daripada Kos Yang Dibelanjakan Oleh Kerajaan BN.
Kalau
dibandingkan kos perbelanjaan untuk lawatan ke luar negeri di antara
kerajaan negeri BN sebelum 2008 dan kerajaan PR selepas 2008 adalah
seperti berikut :
|
2003 – 2007
|
2008 – 2012
|
||
|
Tahun
|
RM
|
Tahun
|
RM
|
|
2003
|
328,177.85
|
2008
|
53,598.44
|
|
2004
|
156,367.76
|
2009
|
73,678.00
|
|
2005
|
583,279.74
|
2010
|
67,294.78
|
|
2006
|
224,492.34
|
2011
|
213,395.18
|
|
2007
|
473,845.33
|
2012
|
209,732.07
|
|
Jumlah
|
1,766,163.02
|
Jumlah
|
617,698.47
|
Jelas sekali
kos perbelanjaan untuk lawatan luar negeri dalam 5 tahun di bawah PR
sebanyak RM618,000 adalah hanya 35% daripada kos perbelanjaan BN
sebanyak RM1,766,000 dalam lima tahun sebelum ini.
Kerajaan
Negeri telah berjaya menarik pelaburan luar negeri atau FDI sebanyak
RM24.98 billion hasil daripada lawatan ini iaitu RM5.09 billion bagi
tahun 2008, RM1.44 billion bagi tahun 2009, RM10.45 billion bagi tahun
2010, RM7.15 billion bagi tahun 2011. Memang Pulau Pinang mendapat
tempat No. 1 di seluruh Negara di antara 2010 dan 2013 dalam menarik
FDI.
Syarikat-syarikat
pelaburan yang telah membuat pengumuman rasmi untuk membuat pelaburan
di Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah seperti berikut :
1. Ibiden Electronis Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM1.3 billion
2. Advance Micro devices sebanyak RM768.6 juta
3. Western Digital (M) Sdn Bhd sebanyak RM3.72 billion
4. PMC Sierra International Sdn Bhd sebanyak RM1.3 billion
5. Cakra Biotech Sdn Bhd sebanyak RM8.0 juta
6. UOP Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM57.0 juta
7. HIS Inc. sebanyak RM25.44 juta
8. HTC Global Services sebanyak RM1.5 juta
9. Schlumberger Seismic Manufacturing Sdn Bhd sebanyak RM100.0 juta
10. VAT Manufacturing Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM75.0 juta
11. Boon Siew Honda Sdn Bhd sebanyak RM200.0 juta
12. Phison Electronics Corp sebanyak RM3.0 hingga RM9.0 juta
Terdapat juga syarikat yang telah membuat pengumuman rasmi tetapi tidak menyatakan jumlah pelaburan seperti senarai berikut :
1. Jabil Sdn Bhd
2. Plexus Manufacturing Sdn Bhd
3. Mattel (Malaysia) Sdn Bhd
4. Gemasis Malaysia Sdn Bhd
5. Philips Lumileds Lighting Company Sdn Bhd
6. Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd
7. Aark (Malaysia) Sdn Bhd
8. Aviatron (M) Sdn Bhd
9. Yuan Xiang Technology (Penang) Sdn Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan