HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 November 2013

Khalid umum rizab Selangor paling tinggi, 2.712 bilion tahun ini

OLEH DIYANA IBRAHIM




Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) hari ini mengumumkan rizab yang dimiliki Selangor kini adalah yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah negeri itu iaitu sebanyak RM2.712 bilion  pada 31 Oktober tahun ini.

Bagaimanapun beliau ketika pembentangan Belanjawan 2014 dilihat mempertahankan tindakannya mengumpul rizab negeri dengan berkata suara-suara yang mengecam beliau datang daripada mereka yang kurang arif mengenai selok belok pengurusan kewangan.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan rizab berserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian daripada rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang," katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2014 di sidang Dewan Negeri Selangor .

Menteri Besar itu turut mengulas Selangor telah menyumbang hampir 25% peratus Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) Malaysia.

Biarpun ekonomi negeri dijangka berkembang 6.2% pada tahun tahun 2013 Khalid mengakui ia lebih perlahan berbanding 7.1% yang dicapai tahun 2012.

"Unjuran pertumbuhan perlahan ini berdasarkan kelesuan beberapa petunjuk makro utama dan prestasi sederhana bagi statistik beberapa sektor utama di sepanjang tiga suku tahun pertama 2013.

"Bagaimanapun, momentum ekonomi negeri Selangor dijangka tidak banyak berubah pada tahun 2014 berbanding 2013, " katanya

Tiada ulasan: