PAS bakal melangsungkan muktamar ke-59 esok bagi sekali lagi memilih kepimpinan baru dalam pemilihan dwitahunannya.
Pemilihan yang sentiasa menjadi penelitian umum, dengan fokus diberikan kepada 'persaingan' antara kumpulan proulama dan progressif atau 'Erdogan'.
Keputusan yang diambil dalam muktamar kali ini akan menentukan halat uju pembangkang dalam beberapa tahun akan datang.
Ia juga akan menentukan sama ada parti Islam itu mampu untuk menjalin kembali rekah yang menonjol sehingga mengalami kemerosotan prestasi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, terutamanya di Kedah, atau terus menuju perpecahan dalaman dan ikatan bersama gabungan pembangkang.
Ia juga mempunyai rekod berubah arah kepimpinan, dari pihak yang lebih konservatif kepada liberal.
Ini dapat menunjukkan apa saja keputusan muktamar ialah cermin kepada 'trend' dan 'tekanan' dalaman parti itu sendiri yang senantiasa berevolusi dan terus bergolak sesudah tamatnya muktamar tahunan.
Penting juga diakui bahawa isu yang dihadapi PAS turut memberi kesan terhadap parti-parti Islam lain seluruh dunia.
Bagi memudahkan perkara, saya memecahkan isu-isu berkait muktamar kali ini kepada empat bahagian: kepimpinan, kerjasama, doktrin dan strategi.
Komposisi kepimpinan
Isu ini sudah lama dibahaskan dalam PAS dan antara kumpulan Islamis secara umumnya. Patutkah parti ini menjadi ekslusif dipimpin ulama?
Dan jika tidak, apa peranan yang patut dimainkan mereka dalam proses kepimpinan?
Bagi sebuah parti berasaskan agama, isu ini tidak mudah ditandingi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan