Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata peningkatan program Skim Rondaan Sukarela (SRS) berjaya mengurangkan indeks jenayah di 422 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Selangor.
Beliau berkata indeks jenayah itu mencatat antara enam dan 10 peratus tahun lepas namun setakat Oktober tahun ini, ia merosot kepada lima peratus.
Kurup berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program 10 keluarga Satu Peronda SRS Peringkat Negeri Selangor di Taman Pendamar Indah 2 malam ini.
Beliau berkata kajian Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional pada enam bulan pertama tahun ini mendapati 94 peratus daripada masyarakat di KRT yang mempunyai SRS berasa lebih selamat.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan