HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 November 2013

NGO: Mereka 14 Kayan yang pengecut

 

 

Tindakan ketua-ketua masyarakat Kayan menentang saman terhadap cadangan empangan Baram didakwa menggambarkan mereka rela hilang tanah pusaka nenek moyang mereka yang bernilai jutaan ringgit "berbanding elaun bulanan antara RM450 dan RM800".

NONEKenyataan pedas itu dilontarkan oleh Penyelaras Serantau Institut Sumber Borneo (Brimas) Raymond Abin (kiri) ketika mengulas pendirian 14 pemimpin kayan yang menolak saman itu.

Enam kaum Kayan dan Kenyah memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud dan kerajaan Sarawak di Miri pada Rabu lepas.

Mereka ialah Anyi Eng, Edward Jok Wan dan Engan dari Long Na'ah dan Anyi Ajang, Malang Laeng dan Wan Jok dari Long Kesseh.

Mereka mendakwa dua bidang tanah meliputi 4,000 ha - yang berstatus tanah adat - akan terjejas dengan pembinaan empangan RM4 bilion di Baram.

NONETaib (kanan) dinamakan atas kapasitinya sebagai menteri alam sekitar dan perancangan sumber.

Bagaimanapun, Penghulu Ajang Wan, dalam kenyataan bagi pihak ketua-ketua masyarakat dari Long Na'ah dan Long Kesseh menganggap tindakan itu tidak bertanggungjawab dan tindakan boleh diambil terhadap mereka kerana gagal mendapat persetujuan terlebih dahulu.

"Mereka telah merosakkan nama baik dua kampung ini.

"Kami tidak mahu tindakan mereka memberi kesan buruk dan memecah belahkan orang kampung kita dalam isu projek mega seperti empangan Baram," katanya.

Menjawab perkara itu, Raymond berkata, tindakan 14 orang itu semata-mata mahu berbaik-baik dengan Taib.

Raymond juga mendakwa terdapat daripada mereka bukan pun pemimpin masyarakat tetapi hanya pihak yang bercita-cita untuk dilantik sebagai "ketua kaum".

"Kenyataan mereka terhadap saman itu menunjukkan belang mereka yang sebenar - mereka pengecut dan takut hilang elaun, tetapi tidak pula (takut hilang) tanah nenek moyang, hak dan adat mereka," katanya.

Tiada ulasan: