MTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mempunyai sebarang
aduan atau pertanyaan berhubung perbelanjaan wang kerajaan kini boleh
menghubungi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di laman webnya di
www.parlimen.gov.my/pac. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata
orang ramai perlu memanfaatkan laman web berkenaan kerana ia lebih mudah
serta pantas berbanding kaedah konvensional seperti menghantar surat
atau faks.
"Di laman web berkenaan, terdapat pautan e-aduan, yang membolehkan rakyat menghantar terus segala aduan atau pertanyaan. Kita akan merahsiakan segala butiran penghantar email terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan segala maklumat mengenai aktiviti PAC selain orang ramai juga boleh mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 siri 1 dan siri 2, yang dibentangkan bulan lepas.
Nur Jazlan berkata PAC juga akan memuatnaik laporan yang disiasat jawatankuasa berkenaan seperti isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas ia dibentangkan kepada Parlimen.
"Ini adalah langkah proaktif yang diambil PAC dalam usaha memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan telus, cekap serta amanah. "PAC mahu orang ramai turut sama memantau segala perbelanjaan kerajaan dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan