Prof Madya Ridhuan Tee Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah memplagiat hasil kajian orang lain dan mendakwanya sebagai cubaan untuk mencemar nama baiknya.

Ridhuan yang juga kolumnis Utusan Malaysia berkata, dakwaan itu dibuat oleh pihak yang tidak bersetuju dengan tulisannya.

Sebaliknya, kata beliau, golongan yang tidak bersetuju dengan hujah dan pandangannya itu sepatutnya membentangkan hujah mereka dan bukannya dengan membuat tuduhan di belakang beliau.

NONERidhuan menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan seorang
Senator DAP Ariffn SM Omar (kiri) bahawa pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu diberi kenaikan pangkat daripada jawatan pensyarah kanan kepada profesor madya walaupun pernah dituduh memplagiat.

Mengulas lanjut, Ridhuan berkata: "Mari berdepan berhadapan dengan saya. Kalau tak gembira dengan hujah-hujah saya, kenapa cuba serang karakter saya?

"Hujah perlu dilawan dengan hujah," kata Ridhuan kepada Malaysiakini.
Menurut Riduhan lagi, tuduhan sedemikian sama sekali tidak akan menjejaskan kredibilitinya selaku ahli akademik.

Ariffin, yang mengajar Kajian Strategik di universiti yang sama di antara tahun 2010 dan 2013, mendakwa naib canselor pada masa itu tidak memandang dakwaan memplagiai dengan serius dan Ridhuan dinaikkan pangkat.

“Ia satu tamparan hebat buat ahli akademik yang lain," kata senator DAP Pulau pinang itu dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

1. Senator dakwa pensyarah naik pangkat walau plagiat