Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sejumlah RM377.05 juta dibelanjakan untuk pejabat perwakilan Malaysia di luar negara pada tahun 2012.
Anifah dalam satu jawapan di Parlimen menyebut, jumlah tersebut bagi menampung kos kakitangan, pentadbiran am dan kegiatan konsular lain.
Katanya, ia termasuk aktiviti untuk “melindungi dan memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan negara tuan rumah.”
Jumlah yang dibelanjakan untuk tahun 2012 itu meningkat 73.5 perauts berbanding Rm217.30 yang dibelanjakan pada 2004.
Setakat 27 Oktober 2013, kerajaan membelanjakan RM171.02 juta untuk menampung kos mis luarnya.
Beliau menjawab soalan yang diajukan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) yang meminta kerajaan memberi butiran perbelanjaan untuk pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dari tahun 2004 hingga 2013.
“RM377 juta adalah angka yang sangat besar. Jika dibandingkan, bajet Negeri Sembilan adalah RM400 juta untuk tahun yang sama,” kata Teo kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan