HALAMAN SANTAI

Isnin, 11 November 2013

Rumah PR1MA 2014 Malaysia (RM100K-RM400K) Buka Peluang Anda Beli Rumah Kedua. Syarat?

 


PR1Ma Malaysia


Rumah PR1MA Malaysia : Pada dasarnya, perancangan tujuan sebenar penubuhan PR1MA Malaysia ini agak baik (SEPERTI DI SINI), Iaitu membantu seberapa ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri di tanahair sendiri. Agak baik. Tetapi…..

Tetapi seringkali dasar yang baik “dinodai dengan pelaksanaan yang memberikan ruang dan peluang kalangan rakyat Malaysia yang lain bagi untuk menambah jumlah aset yang dimiliki mereka selama ini sekaligus menutup peluang rakyat Malaysia yang lebih berhak untuk memiliki rumah mereka sendiri buat pertama kali dalam hidup mereka.

Persoalannya hari ini, berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah memiliki rumah sendiri sejak rumah PR1MA Malaysia dilancarkan? Dan berapa ramai yang masih menunggu peluang & masih terkial-kial bagi memiliki rumah sendiri? Berapa ramai?

 

Rumah PR1MA 2014 Malaysia Dibuka Kepada Mereka Yang Sudah Ada Rumah Sendiri?

PR1MA

 

Realiti Pelaksanaan Rumah PR1MA Malaysia?

Agak-agaknya berapa jauh jarak yang ditafsirkan oleh pak menteri bagi tergolongan rakyat Malaysia yang bekerja jauh dari kampung?
  • Ini kerana ada yang merasakan Rawang agak jauh, ada juga yang menafsirkan tinggal di Seremban sebagai jauh
  • Bagaimana pula dengan pendirian pak Menteri?
Bagi Berita Semasa konsep sebegini adalah lebih sesuai jika rata-rata golongan sasaran telah memilki rumah sendiri.

Hakikatnya, ada kes yang Berita Semasa perhatikan sudah memiliki beberapa rumah PPRT dan mesra rakyat tetapi masih “bernafsu” untuk memohon rumah PR1MA Malaysia disebabkan si empunya badan mempunyai kabel bervoltan tinggi bagi membantu kelulusan permohonan rumah PR1MA Malaysia tersebut.

Bertambah malang lagi apabila ada kalangan pemohon yang sudah memiliki 3 biji rumah yang mana rata-ratanya di sekitar Lembah Klang untuk disewakan, tetapi dalam pada masa yang sama berjaya menunai sebiji rumah PR1MA Malaysia. Ape respon balas anda pula, terutamanya kalangan pemohon rumah PR1MA Malaysia yang masih belum mendapat peluang lagi?

Tiada ulasan: