HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 November 2013

Seramai 70 Peratus Penjawat Awam Tanpa Ijazah

RAKYAT NEWS
 
alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.8 peratus atau 801,871 orang menyertai kumpulan pelaksana dalam sektor perkhidmatan awam tanpa kelayakan ijazah sarjana muda. 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda.
 
"Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
 
Menurut Shahidan, jumlah penjawat awam mengikut kaum ialah 77.4 peratus Melayu, Cina (6.2), India (4.1), bumiputera Sabah (6.6), bumiputera Sarawak (4.3) dan lain-lain kaum 1.4 peratus.
 
"Jumlah penjawat awam mengikut jantina pula ialah lelaki sebanyak 45.5 peratus manakala wanita 54.5 peratus," katanya.
 
Shahidan berkata, pada masa ini, pertambahan perjawatan adalah bagi memenuhi keperluan negara khususnya bagi keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Tiada ulasan: