Shahnaz A Majid memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa dia tinggal di sebuah rumah besar di Petra Jaya, Sarawak, antara tahun 1993 hingga 2000 semasa berkahwin dengan Mahmud Abu Bekir Taib.
Rumah perkahwinan, yang dikenali sebagai Wisma Mahmud, menggunakan perabot Itali, katanya sambil menunjukkan gambar kediaman itu.
Mahmud Abu Bekir anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
"Kami tinggal di banglo tiga tingkat dengan 12 bilik, di mana sebuah bilik diubah menjadi dapur. Sebuah lagi dijadikan bilik membaca," katanya.
"Rumah kami bersebelahan dengan... kediaman Taib di Petra Jaya. Ini bukan rumah rasmi ketua menteri tetapi rumah peribadi."
Terletak di Sungai Sarawak, unit itu boleh diakses melalui jalan atau bot, yang menggunakan pelabuhan persendirian, katanya.
Shahnaz memberi keterangan dalam kes tuntutan perkahwinan RM100 juta ekoran penceraian mereka.
Dia juga meneruskan tuntutan harta sepencarian sebanyak RM30o juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan