HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 November 2013

Siasat seluruh ketirisan, elak penjawat awam dikambing hitam

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR: Segala pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) perlu disiasat secara menyeluruh bukan dengan memperkenalkan akta baru, kata Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wiliam Leong.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Akta Salah Laku akan diperkenal dengan fokus utama terhadap kecuaian penjawat awam dengan alasan pendedahan LKAN bukan kerana penyelewengan dan rasuah.

William

“Sama ada pendedahan LKAN itu penyelewengan, rasuah atau ketirisan hanya akan diketahui jika siasatan menyeluruh dilakukan dan bukannya membuat pengumuman tiba-tiba mahu memperkenal akta baru,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Saya juga mendesak siasatan itu harus terperinci meliputi semua terlibat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet jika ada bukti kukuh penglibatan mereka sehingga berlakunya

pembaziran wang rakyat,” tambahnya yang menganggap pengumuman Jazlan itu hanya pandangan peribadi.

Wiliam yang juga Bendahari Agung KEADILAN berkata, bagi Pakatan Rakyat, keutamaan harus tertumpu pada siasatan dan jangan sesekali cuba menjadikan penjawat awam sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan kerajaan Umno BN seperti didedah dalam laporan audit sejak beberapa tahun lalu.

LKAN 2012 antaranya mendedahkan kehilangan aset RM1.33 juta termasuk senjata api, gari dan kenderaan polis. Turut didedah bayaran Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM1.6 juta kepada artis K-Pop menggunakan dana awam.

Tiada ulasan: