HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 November 2013

SPRM beriltizam basmi rasuah

 
Dalam setahun, 10,000 hingga 12,000 maklumat SPRM terima dan hanya 5,000 hingga 6,000 kes mempunyai kaitan dengan rasuah manakala 50 peratus kes pula ditolak dan diketepikan.





KUCHING: Sehingga Jun 2013 sebanyak 88 peratus kes telah dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke makamah atas pelbagai kesalahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Haji Mohd. Shukri Abdull berkata, pada tahun sebelumnya, sebanyak 75 peratus kes berjaya dibawa oleh SPRM ke makamah.

“Dalam setahun, 10,000 hingga 12,000 maklumat SPRM terima dan hanya 5,000 hingga 6,000 kes mempunyai kaitan dengan rasuah manakala 50 peratus kes pula ditolak dan diketepikan.

“Hasil tapisan semua kes tersebut, sebanyak 1,000 fail kes siasatan dibuka setelah dikenal pasti betul-betul berkualiti,” ujarnya semasa menghadiri Program Ceramah Jamuan Tengah Hari SPRM Bersama Ketua Jabatan Kerajaan/Ketua Agensi GLC Negeri Sarawak di sini semalam.

Kata Shukri, peningkatan jumlah kes yang dihadapkan ke makamah oleh SPRM tahun ini adalah hasil daripada transformasi yang dilakukan oleh agensi berkenaan dalam usaha untuk memerangi rasuah di negara ini.

“Semua kes yang diterima oleh SPRM akan disiasat secara penyiasatan berasaskan pasukan kerana ia akan melibatkan keseluruhan pegawai daripada yang dianggotai oleh 10 hingga 15 pegawai bermula maklumat diterima dan kes siasatan dibuka,” jelasnya.

Menurutnya, sejak transformasi berkenaan dilaksanakan, 99.3 peratus kes selesai disiasat dalam tempoh kurang daripada enam bulan bagaimanapun, kes yang melibatkan bank mengambil masa untuk disiasat.

“Setiap hari, seluruh cawangan SPRM di setiap negeri akan menghantar laporan kepada ibu pejabat dan jika ada negeri yang tidak menghantar laporan, kita ada sistem yang boleh mengesan kenapa mereka tidak menghantar laporan berkenaan.

“Ini kerana, kita melakukan pemantaun 24 jam dan 85 peratus kerja mencapai sasaran manakala, 15 peratus tidak mencapai hasil disasarkan,” katanya sambil memberitahu SPRM mempunyai bilik khas iaitu Bilik Gerakan Operasi Siastan untuk membuat siasatan terhadap sesuatu kes.

Beliau menegaskan, SPRM tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tuduhan kerana SPRM hanya mengkumpul bukti dan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Kita melakukan siasatan terhadap sesuatu kes bukan atas dasar sentimen kerana setiap maklumat yang diberikan harus mempunyai bukti dan masalah besar yang dihadapi oleh kita adalah saksi enggan membuka mulut untuk memberi maklumat,” tegasnya.

Tiada ulasan: