Tiada universiti yang memberikan
kenaikan pangkat kepada para pensyarah berdasarkan time based walaupun
seseorang pensyarah mempunyai kelulusan yang tinggi berbanding kalangan
guru di Malaysia, ditambah dengan beban dan tanggungjawab yang lebih
besar. Inilah….
Inilah antara rintihan yang dialami
kalangan pensyarah hari yang mana disuarakan oleh Majlis Persatuan
Akademik Malaysia (MAAC). Mereka merasakan sudah tiba masanya pensyarah
universiti dinaikkan pangkat berdasarkan timebased seperti jabatan
kerajaan yang lain khususnya seperti guru sekolah.
- membuat kerja pengurusan
- tidak perlu membuat penyelidikan
- Perundingan, penulisan, pengajaran dan sebagainya
Tetapi apabila tiba masa time based atau
khidmat guru dianggap cemerlang maka guru akan dapat naik pangkat
dengan mudah. Kecemerlangan mereka dinilai pada satu aspek sahaja. Akan
tetapi bagi pensyarah universiti kecemerlangan mereka adalah terlalu
luas dan wajib dilaksanakan kesemuanya.
- Time Based
- Guru Pakar
- Pengetua, Penolong kanan
- Guru Panel
- Guru Besar/Pengetua Cemerlang
- Sekolah Premier
- Kenaikan pangkat di PPD, Jabatan, Bahagian, Kementerian
Sebaliknya pensyarah Universiti tidak
memegang sesuatu jawatan hakiki, sebaliknya mereka hanya diberikan elaun
jawatan sahaja secara giliran atau tempoh tertentu seperti :
- Ketua Jabatan
- Timbalan Dekan, Dekan
- Ketua PTJ
Hakikatnya, kenaikan pangkat pensyarah
universiti adalah terbuka tetapi hakikatnya agak sukar untuk dicapai dek
kerana penilaian yang terlau subjektif yang mana pensyarah tidak tahu
yang mana satu yang perlu dibuat penekanan.
Berbanding guru sekolah yang lebih
beruntung selain daripada kenaikan pangkat secara time based, NUTP
adalah amat kuat untuk mendesak menteri KPM mengadakan lebih banyak
jawatan kenaikan pangkat secara hakiki dengan lasan kononnya untuk
mertabatkan profesion perguruan. Akhirnya profesion guru menjadi sebutan
ramai kerana cepat naik pangkat, malangnya peluang itu tidak dinikmati
kalangan pensyarah hari ini
Dan gelaran Profesor Madya & Profesor yang sebenarnya menyekat kenaikan pangkat pensyarah universiti.
Perbandingan Tangga Gaji Pensyarah Universiti (DS) VS Guru Sekolah (DG), “N”, “J”
- Tangga gaji bagi DG52 P1T1 bermula pada RM4900.47 manakala DS52 bermula pada RM4573.47. Ini bermakna DS52 lebih rendah sebanyak RM327.00. Walaupun gaji akhir pensyarah adalah sedikit lebih besar dari guru iaitu sebanyak RM 116.85 akan tetapi ia mengambil masa 10 tahun berbanding dengan huru hanya 8 tahun sahaja rujuk Jadual 5(a) seperti di atas
- Tangga gaji bagi DG54 P1T1 bermula pada RM5167.64 manakala DS54 bermula pada RM4842.03. Ini bermakna DS54 lebih rendah sebanyak RM325.61 rujuk Jadual 5(b). Nampak jelas di sini walaupun gaji akhir seorang pensyarah hanya sedikit lebih besar dari guru akan tetapi guru adalah lebih untung dari pensyarah. Ini disebabkan mereka hanya mengajar di peringkat sekolah menengah atau rendah dengan kelulusan ijazah sarjana muda sahaja.
- Sedangkan pensyarah universiti dengan kelulusan sarjana atau Ph.D mengajar di peringkat sarjana muda, sarjana dan Ph.D, di samping pelbagai beban akademik, pentadbiran dan kemasyarakatan yang perlu dibuat.
- Bagi guru sekolah kenaikan pangkat secara time-based dari DG41 ke DG44 ialah 10 tahun tanpa syarat, tetapi tidak ada time-based untuk pensyarah universiti.
Semakan Gaji Pensyarah Universiti : Saranan & Harapan Pensyarah?
- semua pensyarah universiti dinaikkan pangkat sekurang-kurangya kepada Gred DS54 sebelum mereka bersara.
- Dengan adanya kenaikan secara ini maka bermakna tidaklah sesaorang pensyarah universiti kekal pada Gred DS45 atau Gred DS52 terlalu lama atau sehingga bersara akan tetapi mereka sepatutnya diberi penghargaan terhadap jawatan mereka sebagai pensyarah universiti berdasarkan time-based.
- Untuk pensyarah yang dinaikkan pangkat melalui saluran bukan akademik atau time-based adalah dicadangkan agar mereka tidak diberi gelaran Profesor Madya atau Profesor. Ini adalah untuk membezakan sama ada kenaikan pangkat itu berdasarkan kecemerlangan akademik atau time-based. Walau bagaimanapun kenaikan pangkat bukan secara akademik dicadangkandiberi kan sekali sahaja
SUMBER : Kertas Kerja MAAC Skim Penambahbaikkan Perkhidmatan Pensyarah IPTA.
Apa respon balas anda melihatkan saranan
Majlis Persatuan Akademik Malaysia kali ini melihatkan ketidakadilan
tangga gaji pensyarah universiti berbanding guru sekolah?
1 ulasan:
Ulasan dari Perspektif yang membina utk kebaikan pensyarah lama
Catat Ulasan