HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2014

Umno masih gagal pulihkan hubungan sesama mereka

MSO 


Persetujuan Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi agar formula menentukan calon BN di pilihan raya kecil Kajang seperti mana dicadangkan Khairy Jamaluddin menunjukkan komponen itu masih gagal memulihkan hubungan sesama mereka.

Persetujuan Zahid itu juga menunjukkan BN tidak yakin pilihan raya kecil itu dapat diuruskan oleh MCA dan BN akan menang.

Kerusi DUN 25 Kajang adalah diperuntukan kepada MCA.

Sekiranya hubungan sesama mereka, Umno - MCA sudah dalam keadaan baik dan mantap seperti mana didakwa, sudah pasti tidak timbul cadangan agar formula menentukan calon di PRK Kajang itu dibangkitkan. Ia pastilah meneruskan status quo yang ada.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya menegaskan bahawa orang Cina sudah kembali meyokong kerajaan. Ratusan juta peruntukan, khasnya untuk pendidikan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina diberikan bagi mengambil hati orang Cina sehinggakan ada orang Melayu Umno mempertikaikan kejujuran kerajaan.

Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia pula beberapa kali menggertak orang Cina dengan provokasi-provokasi seperti, tsunami Cina, apa lagi orang Cina ingini dan sebagainya.

Golongan fanatik dan rasisme Umno pula secara terang-terangan mahukan kerusi itu ditandingi oleh Umno. Ini menunjukkan bahawa pemulihan kepada persefahaman Cina dan Melayu dalam BN masih tidak wujud.

Dengan hakikat yang ada  ia amat sukar untuk BN merampas kerusi berkenaan menerusi pilihan raya kecil nanti. Apakah Najib Razak akan mengambil pendekatan untuk tidak meluka hati sesama sendiri dengan tidak menghantar calon ke Kajang? Boleh jadi. Kata Najib, BN akan bermesyuarat dan mengkaji keperluan itu.

Walaupun tindakan tidak menghantar calon ke Kajang itu satu tindakan bijak tetapi ia pasti akan ditafsirkan dengan berbagai tafsiran. Tafsiran yang popular nanti bahawa sudah wujud persefahaman secara senyap di antara Najib dengan Anwar. Boleh jadi pilihan raya kecil itu adalah perasmian kepada konsesnsus (rekonsiliasi) nasional. Kalau ini terjadi bermakna rakyat Malaysia sedang berada dalam keindahan seni politik yang menakjubkan.

Selepas ini kita dengar pula apa komen Mahathir Mohamad, setelah Muhyiddin Yassin awal-awal lagi dengan nada tidak yakin mengatakan; bila ada pilihan raya kita akan meletakkan calon ia memberi petunjuk di pihak sebelah sana pasti tidak seronok dengan tindakan Najib.

Allah Kristian, Allah Islam berbeza, kata Yadim

Oleh Hasbullah Awang Chik








































Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) berkata umat Islam tidak dapat menerima perkongsian kalimah Allah bersama bukan Islam kerana Tuhan yang dimaksudkan dalam agama Islam bersifat tauhid atau Allah Maha Esa.

Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yadim, Mohd Shauki Abdul Majid, berkata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memperlihatkan suatu tindakan yang mungkin akan berakhir dengan konflik lebih besar sekiranya dua pihak bertelagah masih dengan keputusan masing-masing.

“Masyarakat Islam boleh menerima jika bukan Islam menerima istilah Allah itu merujuk kepada nama Tuhan Maha Besar dan Pencipta Seluruh Kehidupan tetapi ia tidak boleh diterima apabila Jesus dikatakan anak tuhan.

“Umat Islam di Malaysia tidak boleh menerimanya kerana Allah mengandungi pengertian tauhid, kebesaran yang tiada tanding dan tidak menyerupai sifat manusia termasuk tidak diperanakkan atau pun beranak,” katanya sebagaimana disiarkan Utusan Malaysia.

Mohd Shauki berkata, dalam sejarah sekali pun tiada kesimpulan yang dibuat bahawa Jesus itu anak Tuhan walaupun kelahiran baginda amat istimewa tanpa melibatkan peranan lelaki sebagai pelengkap zuriat.

Katanya, Nabi Isa tidak pernah memanggil pengikutnya sebagai Kristian dan tidak terdapat dalam kitab asal bahawa pengikutnya dipanggil sebagai pengikut daripada Nazareth apatah lagi kehadirannya sebagai 'penebus dosa warisan'.

“Jesus dilahirkan oleh seorang wanita bernama Mariam. Nabi Isa, seorang nabi yang diutuskan untuk memperbetulkan kehidupan manusia yang ketika itu dipengaruhi mitos Greek kuno.

“Usaha menamakan pengikut Nabi Isa sebagai Kristian dimulakan oleh seorang pengikut tegar Yahudi, Saul yang mengubah ajaran Nabi Isa sehingga menganggap penyaliban baginda satu tindakan menebus dosa walhal konsep itu hanyalah ciptaannya,” katanya.

Beliau berkata, meskipun ada perbezaan ketara mengenai konsep Allah, umat Islam dituntut sentiasa merendah diri dan bersedia berdialog dengan kebenaran dan kesabaran.

Katanya, umat Islam diingatkan melalui Al-Quran untuk tidak mengejek atau menghina golongan lain kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik daripada orang yang menghina.

“Sebagai suatu agama yang lebih dahulu merintis jalan dialog, Islam mengemukakan beberapa etika dialog seperti berakhlak sebaik-baiknya dalam perdebatan dengan golongan ahli kitab.

“Jika usaha itu menemui jalan buntu, maka langkah selanjutnya ialah mengatakan kepada mereka bahawa umat Islam juga beriman kepada kitab yang diturunkan kepada mereka dan Tuhan yang disembah oleh umat Islam adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh mereka,” katanya.

Mohd Shauki berkata, pihak yang mahu menyertai dialog perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan agaman sendiri dan lawan serta memahami istilah teologi kedua-dua pihak dengan tepat.
Katanya, masa depan hubungan Islam-Kristian bergantung kepada kemahuan penganut masing-masing untuk membaiki kecacatan pada masa lalu dan memandang ke depan.

“Jalan yang paling baik ialah melalui dialog, iaitu melibatkan sikap jujur dalam menghadapi perbezaan asas dan bersama-sama mencari kebenaran yang tidak sepenuhnya dimiliki oleh mana-mana kelompok kerana kebenaran yang hakiki itu hanya ada di sisi Allah.

“Pemimpin agama kedua-dua komuniti mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga agama daripada penyalahgunaan atau dieksploitasi untuk kepentingan politik sempit,” katanya.
Beliau berkata, disebabkan sebahagian masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima konsep dialog sebagai pencari kesepakatan maka ia hendaklah dilaksanakan secara tertutup.

“Dialog secara terbuka akan mengundang lebih banyak provokasi. Dialog masih tetap perlu, cuma ia perlu berlangsung dalam suasana yang saling cuba memahami dan mencari kesepakatan, bukannya menjarakkan lagi permusuhan,” katanya.

NGO mahu kumpul tanda tangan pertahan kalimah Allah

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Siri jelajah mengumpul tanda tangan memorandum mempertahankan kalimah Allah akan dilakukan oleh sebuah NGO di Pulau Pinang. - Gambar The Malaysian Insider. 
Siri jelajah mengumpul tanda tangan memorandum mempertahankan kalimah Allah akan dilakukan oleh sebuah NGO di Pulau Pinang. - Gambar The Malaysian Insider. 


Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, akan mengunjungi beberapa masjid di negeri ini bagi mengumpul tanda tangan untuk menyokong memorandum mempertahankan kalimah Allah.

Pengerusi persatuan itu Salleh Ismail berkata menerusi jelajah itu, pihaknya akan mengumpul tanda tangan masyarakat Islam di Pulau Pinang sebelum menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Kita akan adakan (jelajah) dari minggu ke minggu...minta tanda tangan menyokong satu memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Masjid Jamek Kampung Rawa di George Town, hari ini.

Beliau berkata penganjuran jelajah itu susulan insiden menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa pagar gereja di negeri ini minggu lepas dan insiden membaling bahan letupan buatan sendiri pada Isnin lepas.

Justeru itu, beliau meminta polis dan pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghentikan semua provokasi agama yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman penduduk di negeri ini.

Pada 14 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan Katolik, Herald, daripada menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia. - Bernama,

Masyarakat Islam, Kristian perlu faham undang-undang sebelum bahas kalimah Allah, kata bekas hakim

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Bagi memelihara keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, masyarakat Islam dan Kristian perlu berhenti daripada berbahas tentang isu kalimah Allah.

Ketika menyuarakan saranan itu, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar) berkata ini kerana kebanyakan kumpulan Islam dan Kristian tidak memahami atau tidak mahir tentang undang-undang negeri dan persekutuan.

Menurutnya peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan orang Islam menyebarkan ajaran agamanya kepada bukan Islam, manakala orang bukan Islam pula dibenarkan menyebarkan agama atau kepercayaannya kepada orang atau pengikut agama lain, kecuali kepada orang Islam.

Beliau berkata Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap individu berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama atau kepercayaan masing-masing.

"Bagaimanapun, Perkara 11 (4) perlembagaan itu menyebut bahawa penyebaran agama orang bukan Islam dalam kalangan orang Islam adalah dilarang.

"Ini bermakna, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada negeri melalui badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama atau kepercayaan bukan Islam kepada orang Islam," kataya kepada Bernama di Menara Felda, Kuala Lumpur.

Mohd Noor berkata ini bererti sesebuah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat penyebaran mana-mana agama, akidah, ideologi atau malah kepercayaan yang mengandungi walaupun sedikit ajaran bukan Islam dalam sebarang bentuk.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Seksyen 9 (1) Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Dalam Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 melarang orang bukan Islam daripada menggunakan dalam penulisan atau ucapan, mana-mana daripada 25 perkataan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual berkaitan agama bukan Islam.

"Seseorang bukan Islam didapati melakukan kesalahan sekiranya dia menggunakan perkataan Allah dan perkataan Arab lain seperti Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi dan Sheikh," katanya.

Seksyen 9 (2) juga melarang orang bukan Islam daripada menggunakan 10 kalimah berasal daripada agama Islam seperti yang ditetapkan di dalam Bahagian II Jadual berkenaan, termasuk Alhamdulillah, Insya-Allah, Allahu Akbar, Astaghfirullahal Azim dan Masya Allah. - Bernama

Za'ba kembang pengajian Islam




SEKITAR 1950an-1960an, pengaruh institusi pondok dan madrasah, termasuk di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, agak terjejas.

Antara puncanya berkait dengan kelemahan kurikulum. Semakin ramai dalam kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang boleh menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik terutama dalam sektor kerajaan berbanding keluaran sekolah pondok dan madrasah. Rata-rata, pendidikan agama Islam dilihat sebagai mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding pendidikan di sekolah lain.

“The more pertinent factors… are the internal workings of the different religious schools in the various negeri. These include the details of their organization, the type of pedagogy applied, the curriculum and syllabuses that have been adopted, the kinds of textbooks made available, the teachers’ training and the employment opportunities of the school-leavers.

This lacuna both in fact and analyses has rendered most discussions of Islamic education weak and hovering at a superficial, general level.” (Shamsul Amir Baharuddin dan Azmi Aziz dalam ‘Islamic Studies and Islamic Education in Contemporary Southeast Asia’ ed. Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad dan Patrick Jory, Yayasan Ilmuwan, Kuala Lumpur, 2011, hal 130)

Antara tokoh pendidik yang memberi perhatian berat mengenai isu ini ialah Pendeta Za’ba. Beliau bimbang kerana tahap pendidikan yang diterima pelajar Melayu melalui sistem pendidikan Islam adalah rendah dan tidak maju.

Pendeta Za’ba mahu reformasi dan pemodenan dilakukan pada pendidikan Islam kerana melihat tekanan yang diberikan hanya terhadap penghafalan al-Quran, amalan solat dan puasa, dan bukannya pendidikan Islam sebenar. Beliau cadangkan dua cara.

Pertama, memperbaiki pendidikan Islam melalui sistem formal di sekolah-sekolah aliran Melayu dan Inggeris. Kedua, memperkasa sekolah-sekolah pondok.

Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah badan khusus untuk mentadbir dan mengurus sekolah-sekolah agama. Mata pelajaran seperti nahu, saraf, usul dan fiqh perlu dimasukkan ke dalam kurikulum dan diajarkan kepada para pelajar.

Padanya, antara sekolah-sekolah agama dan madrasah yang baik dan perlu dicontohi adalah Madrasah al-Hadi di Melaka, Madrasah Muhammadiah di Kelantan dan Madrasah al-Iqbal di Singapura, yang turut mengajar tiga bahasa, yakni Melayu, Arab dan Inggeris, kepada para pelajarnya.

Menurut Pendeta Za’ba, sekolah-sekolah agama juga perlu ada nazirnya sendiri manakala buku dan kitab yang digunakan untuk mengajar mestilah diperbaharui dari masa ke masa. (Rosnani Hashim dalam ‘Reclaiming the Conversation: Islamic Intellectual Tradition in the Malay Archipelago, The Other Press, Petaling Jaya, 2010, hal 136-137)

Pada zaman penjajahan British, ada madrasah yang memasukkan mata pelajaran seperti Sains dan Matematik. Kombinasi pendidikan teologi dan moden telah meningkatkan kebolehpasaran pelajar, dan kebanyakan lulusan madrasah mendapat pekerjaan di jabatan-jabatan agama daerah dan negeri.

Selepas penjajahan, terutama pada 1970an dan 1980an, perkembangan ini lebih lancar ekoran dasar Islamisasi kerajaan. Lebih banyak sekolah-sekolah agama dibuka, begitu juga fakulti Islam di universiti-universiti tempatan sehinggalah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa pada 1983.

Pembiayaan dan bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah agama meningkat.

Bilangan pelajar ke sekolah-sekolah agama turut meningkat. Pada 1990an, pendidikan agama telah diarusperdanakan dengan ekonomi, perbankan dan kewangan Islam. Pada 1997, Kolej Universiti Islam ditubuhkan dan dinaiktaraf sebagai universiti penuh 10 tahun kemudian.

Beberapa universiti Islam baharu ditubuhkan, fakulti-fakulti Islam di universiti diperbesarkan untuk menampung pelajar yang makin bertambah. Trend ini telah mengurangkan bilangan pelajar Malaysia ke negara-negara Timur Tengah, India dan Pakistan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan Islam.

Adam tak lupa 'Yee Sang'


Adam tak lupa 'Yee Sang'Yee Sang'


HAMPIR enam tahun memeluk Islam, ia tidak bermakna pemilik nama Adam Corrie Lee, telah melupakan perayaan yang diraikan bangsanya sendiri.

Malah setiap tibanya Tahun Baharu Cina, pelakon Gerak Khas dan KL Gangster 2 ini tidak akan ketinggalan meraikannya bersama keluarga, terutama ibu tercinta.

Menurut Adam, seluruh ahli keluarganya sangat memahami dan tidak pernah menyisihkannya walaupun sudah memeluk agama Islam.

Katanya, setiap kali perayaan, dia dan isteri akan dijemput untuk makan besar pada malam perayaan. Malah sehingga kini dia tidak melupakan upacara 'Yee Sang' yang menjadi tradisi masyarakat Cina.

"Keluarga saya memang sangat terbuka, menerima saya dan isteri (Fazima Mohd Fuad). Begitu juga dengan ibu saya yang sememangnya baik dengan isteri. Tak ada pilih  kasih. Semua sama saja.

 “Sejak lima tahun lalu, saya akan menyambut Tahun Baharu Cina bersama mereka. Masing-masing sudah faham dan mereka akan mengasingkan hidangan atau bekas yang digunakan kerana menghormati saya dan isteri,” katanya.

Menurut Adam, disebabkan sefahaman dan hubungan kekeluargaan yang tinggi menyebabkan dia dan keluarga sangat rapat dan sering berkumpul walaupun bukan pada  hari-hari perayaan.

Bagaimanapun, berbeza dari  tahun-tahun sebelumnya, kata Adam, tahun ini dia tidak dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama ibu tersayang.

Jelas Adam, tahun ini ibunya berada di rumah adiknya di Singapura dan meraikan Tahun Baharu di sana.

“Agak ralat juga, tak dapat bersama ibu. Namun, kami semua yang berada di Kuala Lumpur akan makan malam dengan ibu mertua masing-masing dan jika tak keberatan mungkin kami akan menyambutnya bersama  dengan makan di luar atau masak beramai-ramai di rumah,” katanya yang terkilan kerana tidak dapat melakukan upacara 'Yee Sang' bersama ibunya.

Dalam pada itu, Adam memberitahu, Tahun Baharu kali ini dia juga  berkesempatan meraikannya bersama teman baiknya yang juga seorang mualaf yang baru dikenali. “Dia baru saja memeluk Islam dua tahun lalu, namun keluarganya memang sangat  terbuka malah, turut menjemput saya untuk menyambut Tahun Baharu bersama,” katanya.

Idam cahaya mata Lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Fazima, Adam mengakui masih menantikan kehadiran cahaya mata. Adam yang percaya dengan ketentuan dan rezeki dari ALLAH tidak pernah merungut, sebaliknya reda dengan ketentuan Ilahi.

Jelas Adam, dia yakin ALLAH SWT tetap ada perancangan dan aturan terbaik untuknya. Bahkan, dia percaya dan tak pernah berputus berusaha dan mengharapkan sesuatu yang terbaik dari ALLAH SWT.

“Mungkin belum masanya lagi untuk saya menimang cahaya mata. Saya dan isteri tak pernah putus berdoa, kami akan tetap berusaha dan ikhtiar. Insya-ALLAH akan adalah nanti saya minta semua orang juga doakan saya dan isteri,” katanya yang sangat sukakan kanak-kanak.

Bosan jadi 'samseng'

Menyentuh kerjayanya sebagai pelakon, Adam baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kapsul dan masih menunggu tayangan filem baharunya bersama Metrowealth International Group (MIG) berjudul Kitai dan akan memulakan penggambaran bersama KRU studios untuk filem Cicakman The Movie 3.

Menurutnya, walaupun dia masih diberikan watak yang sama namun dia tidak menolak kerana itu adalah rezekinya. Bagaimanapun, dia masih mengharapkan diberikan peluang untuk mencuba watak yang lain.

“Saya tak boleh memilih watak. Nak tak nak, saya kena terima juga watak yang diberi. Cuma, saya harap mereka bagi saya peluang untuk membawa sesuatu watak yang belum pernah saya cuba.

“Supaya saya boleh kembangkan watak bukan hanya boleh bawa watak ‘gangster’,” katanya.

Menafikan dirinya bosan dengan watak samseng, Adam cuma mahukan kelainan.

Sebelum ini, ada beberapa produser yang berani memberikan watak-watak berlainan seperti mualaf menerusi Aku Bukan Julaibib.

Dalam perkembangan lain, Adam juga mengakui dia sudah berhenti untuk menerima tawaran kareografi disebabkan perkara tersebut boleh memberikan impak kepada agama.

“Saya masih terima undangan untuk menjadi juri bagi kareografi tapi saya dah berhenti mengajar kareografi.

“Bila saya mendapat tahu ia tak sesuai dan elok mengajar wanita menari dan sebagainya, saya mengambil keputusan ini,” katanya.

'Team' lagak ngeri

Mengulas mengenai perancangannya pada masa depan, Adam berkata, dia dalam proses perbincangan untuk melibatkan diri secara profesional dalam bidang aksi lagak ngeri.

Menurut Adam, lepas sambutan tahun baru ini, dia akan mencari studio untuk menubuhkan syarikat di bawah Adam Corrie Stunt Team untuk mengembangkan lagi kemahirannya dalam bidang perniagaan pula.

“Bagi saya ini adalah minat saya. Saya dan rakan-rakan lain akan menggerakkan kumpulan ini selepas ini,” katanya.

M16 hilang: 8 askar direman


M16 hilang: 8 askar direman Lapan anggota tentera dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tanah Merah selepas dikenakan tahanan reman berhubung kes kehilangan selaras raifal M16, semalam.


TANAH MERAH - Mahkamah majistret, di sini, memerintahkan lapan anggota tentera direman empat hari bagi membantu siasatan kes kehilangan selaras raifal M16 di Kem Batalion ke-2 Rejimen Sempadan Batu Melintang, dekat Jeli, kelmarin.

Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik membenarkan perintah reman itu bermula semalam hingga Ahad ini.

Lapan anggota tentera terbabit yang berpakaian lokap polis tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis pada jam 9.15 pagi sebelum dibawa keluar pada jam 11.27 pagi.

Ketika kejadian petang kelmarin, pegawai pemerintah kem itu dimaklumkan selaras raifal M16 hilang dan belum dimasukkan ke dalam stor senjata Kompeni C setelah selesai menjalani latihan kawad di kem berkenaan.

Pegawai pemerintah kem kemudian mengarahkan pintu pagar utama kem dikuatkuasakan dengan ketat sebelum membuat laporan pada jam 5.12 petang, di Balai Polis Batu Melintang, Jeli.

Siasatan awal polis mendapati, pemilik senjata api berpangkat Lans Koperal dari Kem Sungai Tumbi menyerahkan senjata tersebut kepada seorang rakan untuk dipulangkan ke stor selepas selesai menjalani latihan kawad.

Rakan pemilik senjata itu bagaimanapun melonggokkan senjata tersebut bersama senjata rakan-rakan lain dan dimasukkan ke dalam Land Rover untuk dibawa balik ke kem, kira-kira tiga kilometer dari tempat latihan.

Semua senjata milik kompeni C kemudian dilonggokkan di hadapan stor senjata kem berkenaan.

Namun, apabila pemilik senjata api itu memulangkan kelopak peluru M16 dan sebilah benet pada jam 1.30 tengah hari, penjaga stor memaklumkan senjata miliknya masih belum dipulangkan dan belum dimasukkan ke dalam stor.

Susulan laporan polis dibuat pegawai pemerintah terbabit, lapan anggota tentera termasuk pemilik senjata dan rakannya serta penjaga stor ditangkap.

'Isu MB mungkin bincang lepas menang'

MALAYSIAKINI


Isu pertukaran menteri besar mungkin hanya dibincangkan selepas kejayaan pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pertemuan beliau dengan PAS semalam memberi bayangan positif bahawa PAS bersetuju membantu mendapatkan sokongan kepada calon PKR kelak.

"Kita akan selesaikan satu demi satu... kita tak pernah bincangkan ia (pertukaran MB), perbincangan kami semalam hanya berkenaan PRK Kajang, dalam semangat Pakatan Rakyat," kata beliau ketika ditemui media hari ini.

Kelmarin, portal HarakahDaily melaporkan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata selain daripada PAS, beliau telah bertemu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini serta bakal mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Beliau turut menyatakan terima kasih kepada PAS Selangor kerana telah menyatakan sokongan dan akan membantu Anwar dalam PRK kelak.

"Saya dah dengar pandangan daripada pimpinan PAS dan beri penjelasan dan sambutan cukup positif dan amat mengalu-alukan penegasan PAS dan pendekatan Datuk Mustafa Ali semua ahli PAS supaya bersama-sama dengan gerak kerja di pilihan raya ini.

"Saya yakin dengan kerjasama ini dapat pertahankan Kajang," kata Azmin.

Liow: RPK Kajang satu 'kesilapan' bagi PKR

MALAYSIAKINI





Presiden MCA Liow Tiong Lai menganggap langkah PKR untuk mengadakan pilihan raya kecil di Kajang satu "kesilapan"  dan mendakwa parti pembangkang itu tidak sensitif terhadap peningkatan kos sara hidup.

"Mereka ( PKR) perlu berusaha ke arah meningkatkan ekonomi dan bukan sengaja mengadakan pilihan raya kecil untuk agenda mereka sendiri," kata Liow ketika ditemui di majlis hari rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina di Kajang.

Beliau berkata PKR tidak sepatutnya menggunakan pilihan raya kecil itu untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Liow menggesa rakya supaya memastikan tindakan seperti  di Kajang itu tidak berulang.

"Kita tidak boleh membenarkan ini berlaku dan rakyat perlu sedar dengan menghantar mesej bahawa ini tidak boleh berulang, " katanya.

"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) telah melakukannya sebelum ini di Permatang Pauh (pada 2009 ) dan kini dia menggunakan kerusi DUN Kajang, " katanya.

Beliau berkata MCA akan menyenarai-pendek calonnya tidak lama lagi dan menghantarnya kepada BN untuk memutuskan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kajang.

" Pilihan raya kecil ini adalah sama-sama penting bagi MCA dan BN ," kata Liow, yang akan mengendalikan pilihan raya kecil pertamanya sebagai presiden MCA, sekiranya parti itu harus dibenarkan bertanding kerusi DUN Kajang.

Anwar perjelas sebab tanding di Kajang 3 Feb

MALAYSIAKINI


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperjalaskan kepada pengundi Kajang dan Selangor mengapa beliau bertanding di sana pada 3 Februari depan.

Beliau berkata satu majlis formal bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali akan diadakan bersama pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjawab persoalan mengapa PKR perlu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

"Saya akan jelaskan (isu PRK Kajang) dengan Azmin dengan khalid di majlis yang sesuai..

"Insya-Allah pada 3 hari bulan (Februari)depan," kata beliau ketika berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras hari ini.

Umum rakyat mengkritik keputusan bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan beliau dan pengumuman Anwar untuk bertanding. 
Pengkritik melihat hal ini sebagai bakal meletakkan Anwar sebagai menteri besar menggantikan Khalid.

Azmin sementara itu menambah program 3 Februari depan akan menerangkan tentang permuafakatan dan konsensus Pakatan  berkenaan isu itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan lokasi majlis tersebut kerana ia masih tidak diputuskan.

"Ini tanggungjawab yang perlu kita laksanakan supaya tidak ada timbul salah faham dan kita pilih 3 Februari selepas siri pertemuan dengan beberapa pihak duntuk menerangkan pendirian dan permuafakatan yang telah diambil," katanya.

Anwar lari daripada media?


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR



KAJANG – [VIDEO] Usaha para media menanti untuk mendapatkan respons calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal apabila beliau mengelak untuk ditemu bual usai solat Jumaat di Masjid Qariah Batu 10, Cheras, di sini, hari ini.

Meskipun berulang kali dipujuk sebaik keluar dari pintu masjid sehingga ke pintu kereta, Anwar tetap menolak dengan memberi alasan perlu pulang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar dilihat datang dan pulang bersama Abdul Khalid dengan menaiki kenderaan yang sama.

Sementara Abdul Khalid sempat memberi sedikit maklum balas selepas keluar dari masjid berhubung majlis yang disifatkan Anwar sebagai majlis untuk bersilaturahim dengan penduduk setempat.

“Setiap Jumaat, saya akan menunaikan solat di masjid yang terletak di luar kawasan Shah Alam.

“...perlu diingatkan bahawa Kajang akan (menjadi) tempat tumpuan, jadi, saya mengambil kesempatan untuk solat di sini bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ringkas.

Namun, ketika ditanya media mengenai pandangannya terhadap kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa beliau bukan ahli politik yang bagus, Abdul Khalid enggan mengulas.

Dalam pada itu, kelibat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut kelihatan pada majlis itu meskipun beliau enggan mengulas sebarang isu pada awalnya.

Namun akhirnya beliau berjaya dipujuk pihak media dan bersetuju menjawab beberapa soalan berhubung rekonsiliasi nasional serta PRK Dun Kajang.

Bapa kelar anak direman sehingga Khamis

kelar anak


KUALA LUMPUR - Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Susulan kejadian itu, polis menemui lelaki itu dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. - Bernama

Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?

 
Shirzad Lifeboat 


TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai ‘rakyat Malaysia pemalas’.
          
Menurutnya , “Tiga peratus adalah mereka yang pemalas…  Mereka lebih buruk dari sekadar malas.  Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa,” bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.
          
Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap ‘jobs for the boys’ maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai  sedikit.  Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan ‘jobs for the boys’, tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama.  Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan  tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.
          
Kini Ahmad Maslan kembali tampil bertindak sebagai mahaguru ekonomi dalam memperkatakan persoalan pengangguran di Malaysia.  Mungkin perangkaan yang disebut beliau itu betul tetapi untuk menyatakan 300,000 rakyat Malaysia yang tidak mendapat pekerjaan adalah pemalas, rasanya itu bukan sahaja satu kenyataan kasar, tidak berhemah dan   keterlaluan tetapi juga menunjukkan sikap tidak-matang dan kurang bertamadun seseorang yang menanggap dirinya seorang pemimpin hebat.
          
Kita tidak menafikan betapa orang malas ada di mana-mana sekalipun.  Tetapi tak logiknya kalau dalam Malaysia ini kita boleh hitung atau membuat anggaran bahawasanya terdapat 300,000 orang malas.  Apakah Ahmad Maslan sudah turun ke padang dan menemui setidak-tidaknya 10 peratus dari  rakyat Malaysia yang dianggapnya malas ini?
Kalau Ahmad Maslan sendiri rasa malas nak berjumpa dengan 30,000 manusia yang dianggapnya pemalas, apakah dia telah menemui sekurang-kurannyga 3,000 orang?
          
Cakap memang senang.  Tapi janganlah cuma pandai cakap sahaja.  Cuba Ahmad Maslan pergi berjumpa mereka dan tanya kenapa mereka tidak mahu kerja.  Dan janganlah asyik bercakap sahaja,  cuba belajar juga mendengar.  Sebagai seorang pemimpin berjawatan kabinet dan sebagai seorang rakyat, belajarlah prihatin sikit.  Turun padang.  Selidik dan siasat sebab musabab mengapa mereka tidak berkerja atau memohon pekerjaan yang kosong.
          
Kalau kebanyakan mereka dari jumlah 300,000 ini memiliki ijazah pertama, diploma, SPM atau sijil kemahiran lainnya tetapi jawatan kosong yang diiklankan adalah pencuci  jamban, buruh kasar, ‘stevedore’ pengawal keselamatan, tukang sabit rumput majlis tempatan. Apakah sekiranya mereka tidak memohon dan melakukan pekerjaan yang diiklankan itu, maka mereka dianggap malas?
          
Lainlah sekiranya terdapat beribu-ribu jawatan yang sesuai dengan apa yang mereka telah pelajari tetapi mereka enggan memohon dan bekerja sebab kalau boleh mereka nak jadi Timbalan Menteri macam Ahmad Maslan atau menjadi CEO macam sesetengah pemimpin Umno yang diberikan jawatan tersebut menerusi amalan ‘jobs for the boys’.  Kalau macam ini baru boleh dikatakan memilih pekerjaan dan dianggap malas.
          
Sekiranya jawatan dan pekerjaan yang dikatakan itu tidak wujud dan yang ada hanyalah jawatan pencuci jamban dikompleks membeli belah atau pekerjaan setaraf dengannya, tak perlulah mencemuh mereka sebagai golongan rakyat Malaysia yang pemalas.
          
Sebelum menuduh orang lain pemalas, Ahmad Maslan sepatutnya merujuk terdahulu kepada Kementerian Sumber Manusia.  Menurut  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd. Muttalib dalam sesi soal jawab di Parlimen November lalu, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang. Tak kan siswazah nak kerja jadi konduktor bas dan sebagainya.

Di harap lain kali sebelum menuduh rakyat Malaysia golongan tidak bernasib baik ini ‘pemalas’ janganlah Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan malas nak buat homework.  Kalau menteri atau timbalan menteri malas, maka inilah jadinya.
          
Rasanya baru lagi Menteri Kewangan diperlekehkan oleh dunia kerana ‘kangkungnya’.  Dan rasanya cukuplah negara kita mempunyai sekian banyak ‘bozo’ dalam kabinet kerajaan.

Ahmad Maslan boleh menyelamatkan dirinya dari terus dikecam atau dihina oleh masyarakat sekiranya meletakkan jawatannya selaku Timbalan Menteri Kewangan.

Malah ramai merasakan Kementerian Kewangan mungkin akan menjadi lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau berbuat demikian.

Polis digesa banteras budaya samseng di Kg Pandan

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pihak polis digesa supaya lebih serius dalam membanteras jenayah terutama membabitkan budaya samseng yang semakin berleluasa di Kampung Pandan dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata polis perlu menggandakan usaha mereka untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dengan insiden jenayah supaya kawasan itu kembali aman, lapor Selangor Kini.

Ini ekoran berikutan beberapa siri jenayah yang dilaporkan sebelum ini dengan kes terbaru membabitkan insiden cermin kereta bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Fauzi Khamis yang dipecahkan.

Beberapa minit sebelum kejadian, dua orang individu datang mencari Fauzi di rumah tetapi ketika itu beliau berada di luar.

“Beliau mengesyaki kejadian itu berpunca daripada operasi MPAJ terhadap peniaga tanpa izin di kampung itu, pada 28 Januari lalu.

“Satu laporan polis dibuat pada hari sama dan keluarganya sudah dipindahkan ke tempat lain buat sementara waktu untuk keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Bekas ahli majlis terbabit juga pernah diugut selepas beliau membangkitkan kewujudan kafe siber yang tidak mematuhi peraturan di kampung itu pada mesyuarat Ahli Majlis MPAJ.

Iskandar yang juga Adun Cempaka berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di Kampung Pandan kerana kes sama turut menimpa kakitangan dan penguatkuasa MPAJ ketika cuba menyampaikan notis kepada pemilik premis perniagaan tanpa izin.

Susulan tindakan itu, mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, bahkan cermin kereta mereka turut dipecahkan.

“Sehingga kini, rakyat tidak melihat sebarang tindakan bersungguh-sungguh daripada pihak polis. Gerai tanpa izin terbabit masih terus beroperasi dengan bebas,” katanya.

PRK Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.

“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.

PPM juga, tegas beliau menolak kerja sama politik kepartian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Katanya, agenda anak muda Malaysia adalah penting dalam pemuafakatan nasional kerana merekalah yang berdepan dengan isu pengangguran, pendidikan, peningkatan kos sarahidup, perumahan dan lain-lain.

“Mereka mewakili 40 hingga 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini. Membelakangkan agenda anak muda akan melebarkan jurang mereka dengan pembangunan negara serta menjadi sebab kegagalan agenda ini,” katanya.

Beliau berkata, agenda agama juga penting bagi menyelesaikan masalah yang sedang melanda rakyat negara ini seperti isu khalimah Allah.

Tambahnya, sentimen membenci antara agama sedang merebak dan sangat merbahaya kepada negara di samping ada pihak sengaja bermain dengan isu sensitif ini untuk mendapat keuntungan peribadi kumpulannya.

Dalam perlaksanaan agenda ini, ujarnya PPM mencadangkan supaya Kaukus Parlimen diwujudkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dan isu-isu utama perlu dibincang.

Selain itu, katanya agenda pemuafakatan ini perlu diwujudkan sehingga ke peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Justeru, beliau mencadangkan agar wakil semua parti politik dan NGO perlu dilibatkan sama dalam soal pembangunan negara, negeri dan daerah.

PPM juga, ujarnya berpandangan anak muda Malaysia perlu dilibatkan secara langsung dalam merangka agenda pemuafakatan ini.

“Penglibatan ini bukan hanya sekadar dari aspek inisiatif semata-mata. Keseimbangan ini bagi membina sebuah negara yang benar-benar mapan, maju dan berdaya saing dengan penglibatan semua pihak,” katanya lagi.

Menurutnya, sebagai bukti kepada komitmen agenda pemuafakatan nasional ini, anak muda Malaysia mahu melihatnya dalam pilihan raya kecil Kajang dalam waktu terdekat ini.

“Kami mahu melihat politik fitnah, rasuah, kebencian, sentimen agama, perkauman dan ketidakadilan dihentikan dan ditukar kepada budaya politik baru yang lebih harmoni,” ujarnya.

Pengundi Kajang tidak mahu ADUN bersaiz ‘menteri’

ADUN lebih besar sedikit dari ketua kampung, nama besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi wakil rakyat Kajang




PETALING JAYA: Penduduk Kajang tidak memerlukan wakil rakyat besar sebaliknya mereka hanya mahu wakil rakyat yang boleh mengambil berat masalah kecil mereka seperti banjir, sampah dan jenayah.

“Mereka tidak mahu wakil rakyat yang besar seperti menteri, ADUN ini lebih besar sedikit dari ketua kampung saja. Jadi nama besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi wakil rakyat Kajang.

“Dia (Datuk Seri Anwar) tak kan nak bawa isu sampah, banjir kilat dan jenayah kecil…tidak sesuai untuk dia.

“Status Anwar sangat besar untuk menjadi ADUN Kajang bagi melihat masalah penduduk seperti sampah, kerosakan lampu isyarat dan longkang tersumbat.

“Mereka juga tidak mahu wakil rakyat import, mereka tidak mahu orang luar yang mengatur mereka, ” kata Datuk Mohd Said Mad Saman, bekas Ahli Jawatan Kuasa Umno Hulu Langat yang kini menjadi ketua cawangan di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Kerusi Kajang kosong ekoran perletakan jawatan Lee Chin Cheh Isnin lalu untuk membuka Anwar laluan bertanding di kerusi tersebut.

Spekulasi tercetus Anwar akan dilantik menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi menetapkan tarikh pilihan kecil berkenaan.

Beliau mengulas tindakan Anwar, ketua umum PKR dan juga ahli parlimen Permatang Pauh bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan kecil yang dijangka bulan depan.

Menurut Mohd Said lagi, tidak semestinya calon MCA saja sesuai bertanding di Kajang kerana orang Melayu mahukan calon Umno.

Katanya, pengundi Kajang memilih calon Melayu iaitu Dr Shafie Abu Bakar dari PAS dalam pilihan raya umum tahun 1999.

“Beliau menjadi wakil rakyat Kajang sepenuh masa. Wakil rakyat seperti ini yang rakyat Kajang mahu…kalau kita (BN) ada orang macam ini kita boleh menang,” kata Mohd Said lagi.

Majoriti Melayu

Pengundi Melayu membentuk 48.48%  daripada 38,965 pemilih berdaftar, manakala Cina 40.46% dan India 10.15%.

Mohd Said menambah, orang Kajang memerlukan seorang wakil rakyat tempatan kerana masalah penduduk hanya yang kecil-kecil saja.

Meskipun BN dijangka meletakkan calon dari MCA, Mohd Said berkata, calon orang Melayu dari Umno berpeluang untuk menang di Kajang.

“Sentimen orang Melayu tidak kira orang Umno atau PAS, mereka mahu seorang wakil rakyat yang berjiwa Kajang.

“Mereka tidak mahu orang luar yang mengatur mereka,” katanya.

Bagaimanapun,  Ruslan Abdullah dari bandar Kajang berkata, melihat kepada perkembangan semasa Anwar boleh menang apatah lagi kewibawaannya terkenal di seluruh negara.

Menurutnya, mungkin undi majoriti lebih besar kerana kerusi ini disandang oleh PKR.

“Saya tidak nampak Anwar akan hadapi masalah besar di Kajang, itu hanya propaganda Umno.

“Rakyat Kajang akan memilih mana yang permata, mana yang pasir,” tambahnya sambil ketawa kecil.

Selangor diancam bahaya sabotaj dalaman

Inilah masanya rakyat nak luahkan kemarahan mereka kepada BN khususnya kerajaan Pusat 



PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) dinasihati supaya tidak meletakkan calonnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, PSM sepatutnya memberi laluan kepada PKR bersemuka dengan BN sekaligus dapat menumpukan usaha memenangkan Pakatan Rakyat.

“Seruan kepada PSM biarlah ini merupakan satu referendum antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

“Inilah masanya rakyat nak luahkan kemarahan mereka kepada BN khususnya kerajaan Pusat mengenai persoalan kos hidup dan harga barang,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

PSM sebelum ini dalam laporan media tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Kajang atas dorongan orang ramai yang mahu parti itu ‘memberi pengajaran kepada PKR’.

Sementara itu, Khalid turut mempertahankan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan atas alasan mahu menyelamatkan Selangor daripada ancaman sabotaj dalaman.

Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan PKR bahawa parti itu merasakan Selangor berada dalam ancaman kerana dua faktor utama.

Ancaman utama ialah wujudnya cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam apa jua cara sekalipun termasuk usaha sabotaj daripada pihak tertentu yang mahu menggagalkan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya beberapa projek kerajaan negeri yang tak bergerak walaupun bajet sudah diluluskan.

“Ada juga tanah yang sepatutnya diberi kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan sudah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tapi tak ditukar-tukar namanya lebih setahun.

“Ini semua kerja-kerja sabotaj yang sedang berlaku atas sebab tertentu untuk menghalang keberkesanan dan akhirnya rakyat jadi marah…ini persoalan yang perlu ditangani,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Dakwanya, isu rampasan Bible juga merupakan salah satu isu sabotaj yang sengaja direka untuk mencalarkan imej pentadbiran negeri.

Selain itu, krisis dalaman PKR itu sendiri antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali yang memerlukan penyelesaian cepat dan segera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, soal perebutan Menteri Besar tak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti.

Katanya, PKR, DAP, atau PAS tidak ada yang memperoleh 29 kerusi majoriti.

“Kalau nak ada perubahan Menteri Besar ia mesti mendapat sokongan 29 ADUN dan bagi PR ianya mesti dapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Jadi tidak ada apa cara PKR boleh tentukan Menteri Besar seorang diri,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli PAS membantu memenangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kekalkan kemenangan kerusi DUN Kajang dan akan bersama jentera PAS Shah Alam turun padang untuk membantu.

“Walaupun ada yang tak setuju tapi kita lebih tak setuju kalau kerusi Kajang jatuh ke tangan BN,” katanya yang menganggap kemarahan akar umbi PAS itu berpunca daripada khabar angin.

Beliau yakin ahli PAS perlahan-lahan akan terima Anwar sebagai calon DUN Kajang jika arahan diberikan pemimpin Pusat.

“Itu (kemarahan) luahan tertentu kerana kita tahu PAS akhirnya akan akur arahan pimpinan,” katanya.

PKR cabar maruah PAS, dakwa Utusan Malaysia

THE MALAYSIAN INSIDER


Tindakan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kontroversi DUN Kajang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin pertengahan PAS. Gambar fail.Tindakan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kontroversi DUN Kajang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin pertengahan PAS. Gambar fail.




























Akhbar Umno Utusan Malaysia hari ini berkata PKR sekali lagi mencabar maruah PAS apabila tidak mengadakan perbincangan dengan parti Islam itu susulan peletakan jawatan Lim Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Wartawannya, Zulkiflee Bakar dalam tulisannya memetik kenyataan beberapa pemimpin pertengahan PAS yang mengkritik tindakan PKR itu.

"Apa yang tidak boleh diterima oleh PAS ialah tindakan itu dilakukan tanpa berbincang dengan parti tersebut dan dibuat atas tujuan politik semata-mata demi memberi laluan kepada PKR menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," lapor Utusan.

PAS akan mengadakan mesyurat Isnin ini bagi menentukan sikapnya terhadap apa yang berlaku di Selangor.

Akhbar itu memetik kenyataan beberapa pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan; Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa.

Mereka mengkritik dan memberikan amaran kepada PKR termasuk mengugut PAS akan memboikot pilihan raya kecil tersebut.

"Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana PAS akan bertegas kali ini supaya maruah mereka sebagai sebuah parti Islam tidak terus diperkotak-katikkan dan dipandang remeh oleh PKR," kata Utusan.

Sebelum ini PAS berbesar hati menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PKR walaupun dalam Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat Selangor dengan jelas memberi sokongan padu kepada PAS menerusi kemenangan 15 kerusi, berbanding hanya 8 kerusi pada 2008.

PKR pula berkurangan satu kerusi berbanding 2008 kerana memperolehi 14 kerusi pada pilihan raya umum tahun lalu.

Utusan Malaysia juga mengungkit ungkapan "PKR seperti biasa tidak pernah menghormati PAS yang bersedia menerima pelbagai kecaman kerana mengadakan tahaluf siyasi dengan parti tersebut dan DAP."

Akhbar itu juga mempersoalkan, apakah penentangan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS bersifat sementara atau hanya dilakukan oleh golongan tertentu sahaja dalam parti tersebut.

Ini berikutan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sudah menggesa ahli parti supaya patuh kepada keputusan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Kajang.

Semua orang amat memahami betapa kuatnya pengaruh Anwar dalam kalangan sesetengah pemimpin PAS dan mereka pula memegang jawatan strategik dalam parti tersebut.

"Ini tidak bermakna pemimpin dan ahli PAS harus tunduk dengan misi memenuhi impian Anwar yang mahu menjadikan Kajang sebagai 'menara tinjau' jalan ke Putrajaya, setelah gagal berbuat demikian sepanjang menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Mereka perlu faham maruah PAS kini dicabar sekali lagi, mereka sepatutnya tidak membiarkan PKR terus dominan dalam pakatan pembangkang bersama DAP sedangkan kedua-dua parti itu amat bergantung kepada PAS untuk meraih sokongan orang Melayu," kata Utusan.

Sehubungan itu, akhbar yang menjadi musuh utama Pakatan Rakyat itu mencadangkan, dalam kes di Selangor, PAS perlu menuntut kembali haknya menduduki kerusi menteri besar memandangkan PKR mungkir janji apabila mahu menyingkirkan Abdul Khalid.

Sebelum ini, PAS menyatakan persetujuan kerusi itu dikekalkan kepada PKR kerana mahukan Abdul Khalid tetapi sekarang situasi sudah berubah.

Utusan juga mencadangkan PAS menjadi king maker di Selangor untuk mengelakkan perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin melarat sehingga mungkin boleh melemahkan perjalanan pentadbiran negeri itu.

"Sekarang apa yang diramalkan sudah menjadi kenyataan. Pentadbiran kerajaan negeri menjadi 'mangsa' wayang dan perbalahan politik PKR. Apa yang lebih malang, ia akan turut menyeret PAS untuk bersekongkol bagi menyokong keputusan PKR mengadakan satu pilihan raya kecil," lapornya.

Utusan berkata, PAS perlu bertegas dengan menolak politik tidak bermaruah PKR bersesuaian dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri bahawa: "Melibatkan diri dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi menteri besar menggantikan Khalid adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku.

Melayu tidak termakan provokasi perkauman lagi, kata bekas menteri

Oleh Md Izwan
 
 
Orang Melayu kini tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman, kata Tan Sri Zainuddin Maidin. Gambar fail.Orang Melayu kini tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman, kata Tan Sri Zainuddin Maidin. Gambar fail.



























Bekas menteri Kabinet Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin menyokong penubuhan rekonsiliasi nasional kerana masyarakat Melayu tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman.

Zainuddin berkata, keadaan sekarang berbeza ketika berlaku insiden pergaduhan kaum 13 Mei 1969, di mana kaum Melayu menerima hasutan berbentuk perkauman.

"Kita tidak sedar bahawa orang Melayu semakin matang dan sudah tidak mudah lagi diracuni atau dipermainkan perasaan mereka oleh golongan perkauman Melayu," kata veteran Umno itu kepada The Malaysian Insider.

Zainuddin yang juga dikenali sebagai Zam berkata, rakyat Malaysia juga tidak lagi memikirkan untuk bergaduh sesama sendiri sebaliknya mahu berkongsi kemakmuran.

"Keadaan sudah tidak seperti 13 Mei dan sekarang lebih stabil, rakyat dapat berkongsi kekayaan negara, jadi rakyat makin memikirkan soal untuk hidup dan membina kepentingan diri masing-masing serta kemakmuran.

"Bukan memikirkan untuk bergaduh lagi," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersetuju untuk mengadakan rekonsiliasi nasional dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) selepas beberapa usaha tersebut menemui kegagalan.
Bagaimanapun, Najib berkata, cadangan itu bukan bermakna ke arah pembentukan kerajaan perpaduan.

Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan negara.

Hubungan antara agama dan kaum berada pada tahap terburuk dalam sejarah terutama selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Ketegangan antara umat Islam dan Kristian dalam isu kalimah Allah yang berterusan, terbaru provokasi politik dan perkauman oleh kumpulan ultra Melayu di Pulau Pinang yang membawa sepanduk mengancam 13 Mei berulang susulan tindakan Adun PKR menghina Najib dalam isu kangkung.

Bagaimanapun, Zainuddin melihat provokasi tersebut tidak laku lagi, malah masyarakat Melayu zaman ini sudah terdidik dan dapat berfikir secara matang.

"Provokasi ini tidak lagi laku dalam keadaan sekarang, tidak mudah kata hendak mencetuskan 13 Mei sekali lagi.

"Orang Melayu pun sudah stabil dan terpelajar," katanya.

Beliau berkata, provokasi berbau agama dan perkauman yang dibangkitkan oleh kumpulan tertentu tidak lagi berkesan, malah cubaan sejak 2008 tersebut gagal menarik kaum Melayu untuk menunjukkan kemarahan mereka.

"Sudah tidak mudah, umpamanya selepas Pilihan Raya Umum 2008, ada satu demonstrasi di Pulau Pinang menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya beliau menentang Dasar Ekonomi Baru, tapi perhimpunan itu sudah tidak mendapat sambutan lagi," katanya.

Malahan, Zainuddin mengganggap tindakan provokasi menyerang gereja di Pulau Pinang pada Isnin lalu bertujuan membangkitkan kemarahan sebagai sia-sia.

"Baru-baru ini, gereja diserang bom di Pulau Pinang, mana ada reaksi orang ramai ataupun mana-mana pihak yang menjadikan ini sebagai satu isu untuk bakar negara," katanya.

Bagaimanapun, Zainuddin tidak menolak di dalam negara ini masih mempunyai individu dan kumpulan tertentu yang gila perkauman dan agama.

"Tetapi dalam pada itu, kita akan hadapilah orang yang gila politik dan perkauman, sama seperti di Barat,” katanya.

Katanya, beliau berharap rekonsiliasi nasional tersebut akan diadakan secara tertutup dan perbincangan mesti menjurus kepada usaha untuk memakmurkan negara dan mengukuhkan perpaduan berbilang kaum di Malaysia.

"Keperluan ini ada, kalau jemput dengan ikhlas, kita jemput semua termasuk ekstrem agama.
"Kita jemput dalam satu jawatankuasa ini, tetapi kita mesti mencari formula dalam majlis tertutup supaya masing-masing dapat mencurahkan perasaan," katanya.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut akan dibawa berbincang ke Kabinet.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang.

Peguam Umno Shafee mahu jadi peguam negara untuk berkhidmat kepada masyarakat

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai? 



























Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit.

"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu.

"Terdapat artikel yang menulis berkenaan perkara ini. Ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita dan berteka-teki," katanya yang pernah menjawat jawatan timbalan pendakwa raya sebelum berhijrah ke sektor swasta.

Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.

"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.

Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.

Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.

"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya dan menambah terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk daripada sektor swasta untuk memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dilantik pada 2002, daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada dalam kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.

"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.

Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.

Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.

Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan.

Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Dalam sesi bertemu media semalam, beliau memberikan maklumat terkini berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.

Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.

Peguam yang mewakili pemimpin pembangkang itu berhujah bahawa akan berlaku percanggahan kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.

Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Di dalam akuan bersumpah 31 halaman itu,  Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa berbincang mengenai salah laku Gani .

Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu.

Kembali kepada asal usul masalah isu Allah - Dr Patricia A Martinez

THE MALAYSIAN INSIDER


Kebanyakan di kalangan kita hilang tumpuan dan keliru mengenai asal kewujudan permasalahan kalimah Allah kerana ia berlarutan daripada satu "drama" ke "drama" yang lain.

Maka, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai asal usul berlakunya kontroversi kalimah Allah di negara ini. Hal ini penting kerana sesetengah jalan penyelesaian yang sedang beredar di laman internet, yang dicadangkan bagi masyarakat Kristian, adalah tidak adil serta tidak masuk akal.

Sebagai contohnya, ada yang menggunakan petikan Bible daripada Isa dan menggesa Kristian untuk "memalingkan pipi ke arah lain" (turn the other cheek) bila tersinggung. Dalam maksud lain, penganut Kristian di negara ini digesa untuk berundur dan tidak berkonfrontasi dalam isu ini sebagai mengikut contoh Isa.

Masalahnya, masyarakat Kristian tidak tersinggung pun, tetapi terdapat perkara penting yang perlu kita lihat berkenaan masyarakat Kristian yang digesa untuk bersabar demi memelihara keamanan dan kestabilan negara; atau 'menundukkan kepala, walaupun sedikit'.

Masyarakat Kristian sememangnya "memaling pipi ke arah lain”.  Sebagai contoh, demostrasi oleh Umno dan penyokongnya di luar makamah di Putrajaya dan di tempat lain, serta ancaman mengadakan demostrasi mega pada masa depan, road show anjuran Umno untuk 'menerangkan kebenaran isu kalimah Allah kepada umat Islam' dan mereka sewenang-wenangnya menuduh seorang Kristian – Paderi Lawrence Andrew (walhal semua Kristian berdiri teguh di bawah perlembagaan negara ini dalam hak kebebasan beragama).

Contoh lain ialah ancaman membakar Alkitab, pelbagai tuduhan tidak berasas dilempar, laporan polis dan ancaman penyokong Umno, menggunakan kesempatan isu kalimah Allah untuk memburukkan pihak pembangkang serta membuat tuduhan melulu kononnya masyarakat Kristian ingin menukar Malaysia menjadi negara Kristian dan membakar patung dan foto muka Paderi Lawrence Andrew.

Dalam masa dua tahun, tiada ada satu pun tindakan balas yang melulu daripada masyarakat Kristian.
Paling tidak, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dan ketua-ketua Gereja di Sabah dan Sarawak mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu ini. Maka, masyarakat Kristian sememangnya  bersabar dan "memaling pipi ke arah lain" demi memelihara keamanan antara agama yang merupakan ajaran termulia dalam agama Kristian, serta memelihara keharmonian negara kita.

Secara jujurnya, kata-kata Muhammad Tajuddin berkenaan "menjaga keselamatan" masyarakat Kristian di negara ini menunjukkan bahawa betapa bahayanya ancaman yang dihadapai oleh masyarakat Kristian di Malaysia. Tanpa sebarang tindakan balas selain rayuan untuk kekal bersabar, bersikap rasional, dan berdoa untuk kedamaian.

Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr diangkat oleh Muhammad Tajuddin sebagai contoh "memaling pipi ke arah lain" kerana menerima ketidakadilan secara aman: namun begitu tiada satu pun daripada tokoh keamanan ini "memaling pipi ke arah lain". Bahkan, mereka mengajar masyarakat dunia makna bantahan awam (civil disobedience) dan mengadakan protes terhadap ketidakadilan dengan melakukan perkara yang diharamkan, tetapi bukan dengan keganasan - terhadap kerajaan colonial (Gandhi), dan terhadap undang-undang yang tidak adil (undang-undang pengasingan - Martin Luther King).

Martin Luther King mengadakan  protes dengan menduduki ruangan tempat duduk bas, restoran dan sebagainya untuk "Orang Putih Sahaja").  Contoh lain: Rakyat kulit hitam Amerika Syarikat berjalan beramai-ramai untuk protes secara aman. Mereka langsung tidak berundur atau berdiam diri menerima keadaan pengasingan kaum pada masa itu, dan "memaling pipi ke arah lain".

4. Ramai rakyat Malaysia terus mencadangkan agar orang Kristian menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan Allah. Fakta kajian daripada CFM (ditulis dalam tiga bahasa) yang boleh didapati dengan meluas di semua media atas talian dan dari pejabat CFM, menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan isu ini dan isu lain yang berkaitan. Realitinya, Alkitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sejak empat abad lalu, menggunakan kedua-dua perkataan Tuhan dan Allah.

Dalam petikan di mana Tuhan merujuk kepada diri-Nya sebagai "Tuhan", ayatnya berbunyi, " Saya adalah Tuhan dan Allah Kamu" (I am your Lord and your God). Maka dengan menggantikan Allah dengan 'Tuhan ' bermakna menulis "Saya adalah Tuhan dan Tuhan Kamu", secara tidak langsung akan menjadikan Kristian musyrik, hal ini kerana orang Kristian adalah beragama tauhid sebagaimana orang Islam. Berkenaan dengan teologi Triniti, seperti yang difahami oleh orang Islam, Allah hanya merupakan rujukan linguistik bagi makna Tuhan dalam bahasa, budaya dan sempadan geografi daripada tiga agama Ibrahim.  Agama Kristian wujud sebelum Islam.

Sejak berabad lagi, masyarakat Kristian yang bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka membentuk 64% daripada jumlah keseluruhan penganut Kristian di Malaysia, malah mereka hanya mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mereka. Mereka juga menggunakan kalimah Allah tanpa sebarang gangguan sehingga baru-baru ini.

Jika apa yang diinginkan oleh orang Kristian adalah untuk mengekalkan hak asal mereka menggunakan Allah sejak turun temurun, mengapa perlu Kristian melepaskan hak asal mereka dan bertolak-ansur? Sesungguhnya  mereka yang ingin mengganggu hak penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian yang sepatutnya perlu bertolak ansur. Sememangnya itulah tanggungjawab mereka yang membuka isu ini.

Siapakah yang sengaja ingin mengganggu hak asal tersebut? Ia adalah pihak berkuasa agama iaitu dengan mengharamkan penggunaan perkataan Allah dan termasuk juga perkataan lain seperti Haji dan surau oleh orang bukan Islam.

Bekas Menteri Negeri Dalam Negeri memutuskan bahawa sebuah majalah Gereja Katolik (Herald) yang diedarkan di kalangan penganut Katolik yang melanggani majalah tersebut sahaja, tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam seksyen Herald dalam bahasa Melayu, kerana Herald diedarkan di Sabah dan Sarawak. Ini adalah asal usul isu Allah, tetapi fakta isu ini langsung tidak disiarkan kepada semua, terutama bagi orang Islam.

Selepas bertahun-tahun melakukan pelbagai rundingan, rayuan, melampirkan bukti dan sebagai secara tertutup; gereja Katolik akhirnya menemui jalan buntu. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri dalam negeri, mahkamah atas pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.

Jalan terakhir ini adalah rekursa yang logik dan muktamad bagi warganegara Malaysia yang dilindungi oleh perjanjian Perlembagaan termasuk kebebasan beragama dan kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama seseorang. Maka, bukan orang Kristian yang memulakan konflik isu Allah ini.

Gereja Katolik menjadi mangsa pertama di mana Kementerian Dalam Megeri memilih untuk 'mengharamkan' penerbitan majalah mereka – namun, kementerian tersebut boleh sahaja memilih untuk mengharamkan mana-mana penerbitan Kristian yang lain.

Oleh itu, perjuangan untuk mengekalkan hak asal penggunaan kalimah Allah bagi 64% Kristian di Malaysia adalah perjuangan untuk semua orang Kristian. Ini bukan lagi perjuangan Gereja Katolik dan Paderi Lawrence Andrew, seorang paderi Katolik Jesuit dan editor Herald. Beliau juga bukan seorang yang berniat jahat seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

Tidak terdapat di mana-mana dalam upacara sembahyang Kristian Malaysia atau di dalam Alkitab bahasa Inggeris, Tamil atau Cina, di mana kalimah Allah muncul, dan orang Kristian tidak mempunyai niat untuk menukar perkataan Tuhan kepada Allah di dalam AlKitab.

Tuduhan yang disebarkan dalam laman sesawang ini adalah salah satu pembohongan besar, bahkan ditambah pula dengan adendum bahawa orang Kristian kini cuba untuk merampas 'hak' keistimewaan Melayu dan Islam - sebuah isu 'sensitif' bagi mereka yang memperjuangkan 'ketuanan Melayu'. Ini termasuk pembohongan lain bahawa Kristian mahu menggunakan kalimah Allah untuk 'mengelirukan' dan ' memurtadkan' umat Islam. Semakin ramai umat Islam sendiri juga mempersoalkan: Adakah kepercayaan mereka begitu lemah? Jadi mereka mudah berubah?

Sejak Mahkamah Rayuan memberi penghakiman bahawa Kristian diharamkan daripada menggunakan kalimah Allah, ulama Islam seluruh dunia (dan di Malaysia) - semua bersepakat tidak bersetuju dan mencemuh tindakan pengharaman tersebut, mereka juga "berasa aib" terhadap versi Islam di Malaysia yang menjadikan kalimah Allah sebagai perkataan eksklusif bagi orang Islam sahaja (petikan ini dipaparkan dalam media alternatif).

Dalam pada itu, media daripada negara-negara Islam mentertawa serta mengkritik Malaysia - dari Timur Tengah; dan Turki, Pakistan, termasuk juga jiran kita Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia. Dalam akhbar Jakarta Post terpampang tajuk "Sejak bila orang Islam memiliki Tuhan?". Akhbar tersebut membuat kesimpulan sebagaimana orang Kristian di Malaysia simpulkan bahawa kalimah Allah hanya satu rujukan linguistik bagi perkataan Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa masalah besar kepada sesiapa pun.

Orang Kristian adalah masyarakat yang mencintai keamanan dan tidak sesekali bertindak secara melulu. Kami tidak ingin memberi tindakan balas atau meminta pihak yang menentang orang Kristian dalam isu ini untuk berundur.

Kita hanya ingin meminta kembalikan Malaysia kepada sedia kala yang aman damai. Namun, isu ini dikacau-bilaukan dan kemudian dimanipuasi, diputar belik dan kini diancam dan dikeji sebagai agenda bagi menjatuhkan Islam. Keindahan agama dan dunia Islam kini digunakan sebagai alat untuk agenda tertentu - termasuk agenda politik. Islam tidak akan terselamat dan menjadi salah satu agama yang paling pesat berkembang di dalam dunia jika umatnya begitu mudah dimanipulasikan, 'keliru' dan 'dimurtadkan'.

Tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Orang Kristian digambarkan sebagai Ahli Kitab dan yang mempunyai hubungan paling erat dengan umat Islam. Sememangnya, terdapat dua jenis petikan di dalam Al-Quran mengenai Kristian dan Yahudi - ayat yang berbentuk positif (boleh ditemui dengan banyak dalam Al-Quran); dan ayat berbentuk negatif (kurang ditemui dalam Al-Quran).

Teori naskh atau pembatalan ayat positif tidak pula diberi perhatian di sini. Naskh selalunya digunakan sebahagian besarnya untuk isu fiqh kerana perundangan Syariah adalah dipetik daripada al-Quran. Namun, ayat yang tertakluk kepada naskh dikurangkan daripada 270 ayat kepada kira-kira 20 ayat sahaja. Tiada satu pun daripada ayat yang berbentuk positif berkenaan Kristian yang dimansuhkan .

Saya menulis semua ini dengan harapan untuk menjernihkan isu ini dan membuka ruang pemikiran yang rasional terhadap isu ini, sebelum ia menjadi tidak terkawal dan membahayakan masyarakat negara ini - kebanyakannya melalui taktik manipulasi, penipuan, kejahilan akal, dan kepentingan politik.

Saya menulis ruangan ini berdasarkan rasa hormat yang tinggi terhadap Islam, sebuah agama aman, yang sayangnya diputarbelitkan dan difitnah dalam konflik isu kalimah Allah ini dan secara tidak langsung mengganggu kestabilan dan keamanan sekian lama bagi masyarakat Kristian di negara ini.

* Penulis adalah pembaca The Malaysian Insider.

Peranan Anwar bantu menteri besar, tetapi pilihan kekal terbuka, kata Rafizi

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.J



























Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama ‘langkah Kajang’ penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.

“Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.

“Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.

PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil

Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara “kedua” penting.

“Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?

“Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.

“Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.

PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.

Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.

PKR mendakwa “langkah taktikal” itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.

Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.

“Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.

“Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati,” katanya.