RAKYAT NEWS
Penerbit dan pelakon veteran Julie Dahlan yang menderita sakit buah
pinggang mengakui biduanita Sahrifah Aini ada menghulurkan sumbangan
bagi membiayai kos rawatannya.
Julie yang menderita sakit buah pinggang itu mendapatkan rawatan
dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April tahun lalu dan
memerlukan kos rawatan sebanyak RM600 sebulan.
"Saya ada sedikit duit simpanan untuk belanja dan kalau tidak cukup saya
berhutang hingga dapat duit telefilem yang saya terbitkan, baru saya
bayar balik.
"Selain itu, Sharifah Aini juga banyak memberi sumbangan dan bayarkan
beberapa kali kos rawatan dialisis saya," katanya, memetik laporan Mstar
Online.
Sharifah Aini atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Pah
menerusi laman Facebooknya tahun lalu meminta agar peminat mendoakan
kesihatan Julie agar kembali sihat seperti dulu.
Sementara itu, semalam, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) turut
menyumbangkan RM5,000 kepada Julie dalam usaha membantu meringankan
beban kos perbelanjaan rawatannya.
Pengerusi PFM,Datuk Yusof Haslam berkata Julie merupakan seorang ahli
yang aktif ketika menyertai persatuan tersebut iaitu sekitar tahun
80-an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan