HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Januari 2014

Pengguna Twitter kecam Anwar bertanding DUN Kajang

OLEH SYAHIRAH RASHID

(Duduk dari kiri) Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Januari, 2014.(Duduk dari kiri) Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim  





























Pengguna laman sosial Twitter mengecam keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh, semalam.

Spekulasi mengatakan pencalonan Anwar di kerusi DUN Kajang adalah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor akibat persengketaan Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali yang menyukarkan pentadbiran negeri dikuasai Pakatan Rakyat (PR) untuk penggal kedua itu .

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim, berkata Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana menteri itu akan turun pangkat sekiranya dilantik menjadi menteri besar Selangor.

"Ini turun pangkat. Tidak sepatutnya," tulis Zaid di akaun Twitter @zaidibrahim.

Sebaliknya beliau berkata, Anwar harus menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani serangan ekstremis.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menganggap isu Anwar bertanding DUN Kajang sebagai kelakar.

"Kelakar betul. Sementara itu, mengapa tidak lantik sahaja diri sendiri sebagai Sultan Melaka?" kata Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitter @khairykj.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata dalam akaun Twitter @tankengliang, PKR adalah semuanya tentang Anwar.

"Pada 2008, isterinya meletak jawatan untuk membenarkannya bertanding bagi kerusi Permatang Pauh. Tahun ini, seorang lagi ahli PKR meletakkan jawatan untuk membenarkan beliau bertanding bagi kerusi Kajang. Adakah PKR hanya tentang Anwar?" kata Tan.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @WaniIbrahim berkata:"Sesetengah orang harus tahu bila untuk berhenti, termasuklah Anwar Ibrahim."

Manakala @mutaibuthman berkata:”Anwar melanggar janji untuk berhenti sekiranya PR kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).”

@mozas_my29 pula bertanya:”Bolehkah seorang bekas penjenayah menjadi MB? Apa akan jadi sekiranya Sultan Selangor tidak setuju? Pernahkan anda fikir tentang itu?"

Bagaimanapun, Abdul Khalid pada sidang media pagi tadi berkata, pencalonan Anwar tidak ada kena mengena dengan status beliau sebagai menteri besar.

Semalam, beliau berkata, pemecatannya sebagai menteri besar harus dipersetujui Sultan Selangor serta ketiga-tiga parti dalam PR.

Anwar sebelum PRU13 pernah mengeluarkan kenyataan akan berhanti sekiranya PR gagal mengalahkan BN.

Katanya, beliau mahu kembali kepada profesion mengajar.

Hari ini, Abdul Khalid mengumumkan Anwar akan bertanding DUN Kajang yang dikosongkan Lee.

Tiada ulasan: