Alif Mustapha
KAJANG - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia
(IKHLAS) menyifatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang
sebagai 'lembu' berikutan tindakan drastiknya meletakkan jawatan secara
tiba-tiba untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kaum Cina dalam Parti
Keadilan Rakyat (PKR) diibarat seperti 'boneka' kerana menjadi alat
permainan Anwar dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat dan memiliki
kuasa.
"Salahkan Barisan Nasional (BN) disebabkan undi Bangladesh dan isu 'Blackout'. Ini semua pembohongan dan (Anwar) penipu besar.
"Hari ini wakil rakyat Cina (ADUN Kajang) itu pula jadi lembu, orang
Cina dalam PKR jadi boneka. Biasa orang Cina pandai tapi kini jadi
bodoh," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama
peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra di sini hari ini.
Tambahnya, keputusan meletakkan jawatan secara tiba-tiba itu merupakan
tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi insiden merobohkan
gerai peniaga kecil Bumiputera baru sahaja berlaku.
"IKHLAS sudah membuat kajiselidik di N25 Dun Kajang bahawa terdapat
seramai 38,965 orang pengundi. Pengundi berbangsa Melayu 48.48 peratus
manakala pengundi Cina 40.46 peratus. Daripada peratusan undi Melayu
itu, 15 peratus adalah peniaga kecil, manakala daripada peratusan
pengundi Cina pula, 35 peratus adalah dikalangan peniaga-peniaga kecil
dan sederhana,"
"Isu ekonomi melibatkan peniaga khususnya peniaga Melayu ini adalah
mereka seringkali ditindas dan dizalami oleh wakil rakyat," tegas
beliau.
Sehubungan itu IKHLAS bersama-sama dengan para peniaga kecil dan
sederhana akan berkempen untuk menolak parti yang pernah menindas dan
merobohkan gerai mereka.
"Dalam kempen ini IKHLAS bersama peniaga kecil khususnya yang pernah ditindas akan berkempen habis-habisan,"
"Dalam masa sama IKHLAS juga mencabar Anwar supaya mengeluarkan lesen
perniagaan kepada para peniaga kereta terpakai kerana peniaga Cina ini
semuanya tiada lesen. Jika ada rasa bertanggungjawab, bayar pampasan
kepada peniaga yang ditindas ini , kerugian mereka dianggarkan RM20 ribu
ke RM50 ribu bagi setiap peniaga," ujar beliau.
Pada 30 Oktober tahun lepas kira-kira 70 orang anggota MPKj bertindak
merobohkan gerai para peniaga Melayu di Taman Mesra, atas alasan mereka
(peniaga) berniaga dengan membina bumbung kekal dan menyediakan
peralatan seperti kerusi dan meja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan