MALAYSIAKINI
Presiden MCA Liow Tiong Lai menganggap langkah PKR untuk mengadakan pilihan raya kecil di Kajang satu "kesilapan" dan mendakwa parti pembangkang itu tidak sensitif terhadap peningkatan kos sara hidup.
"Mereka ( PKR) perlu berusaha ke arah meningkatkan ekonomi dan bukan sengaja mengadakan pilihan raya kecil untuk agenda mereka sendiri," kata Liow ketika ditemui di majlis hari rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina di Kajang.
Beliau berkata PKR tidak sepatutnya menggunakan pilihan raya kecil itu untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu.
Liow menggesa rakya supaya memastikan tindakan seperti di Kajang itu tidak berulang.
"Kita tidak boleh membenarkan ini berlaku dan rakyat perlu sedar dengan menghantar mesej bahawa ini tidak boleh berulang, " katanya.
"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) telah melakukannya sebelum ini di Permatang Pauh (pada 2009 ) dan kini dia menggunakan kerusi DUN Kajang, " katanya.
Beliau berkata MCA akan menyenarai-pendek calonnya tidak lama lagi dan menghantarnya kepada BN untuk memutuskan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kajang.
" Pilihan raya kecil ini adalah sama-sama penting bagi MCA dan BN ," kata Liow, yang akan mengendalikan pilihan raya kecil pertamanya sebagai presiden MCA, sekiranya parti itu harus dibenarkan bertanding kerusi DUN Kajang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan